jump to navigation

Memahami Perakaunan Part 2- Kegunaan dan Kepentingan April 6, 2007

Posted by zahiramli in Perakaunan.
trackback

Apa gunanya maklumat perakaunan ini sebenarnya bergantung kepada individu atau organisasi yang menggunakan maklumat tersebut. Pengguna-penguna yang selalu menggunakan maklumat perakaunan adalah seperti berikut:

1. Anda sendiri sebagai Pemilik Perniagaan

Contohnya peniaga menggunakan maklumat ini untuk mengetahui samaada perniagaan untung atau rugi, untuk mengenalpasti sumber-sumber kewangan dan perbelanjaan yang dilakukan dalam perniagaannya. Jadi senanglah peniaga membuat perancangan perniagaannya seperti melakukan budget, costing , perancangan cukai, mengembangkan perniagaan atau mengecilkan perniagaan.

2. Prospek Pembeli

Katakan satu hari nanti, anda dah boring ”berbisness” atau perlukan wang, mungkin anda bercadang menjual perniagaan anda. Prospek pembeli tentunya inginkan maklumat mengenai perniagaan , takkan nak main bantai beli jer. Lainlah Prospek tu betul-bendul atau memang saja nak buang duit. Prospek Pembeli mungkin akan melakukan Siasatan Wajar (Due Diligent) terhadap syarikat anda dan maklumat penting sekali ialah maklumat perakaunan dan kewangan.

3. Bank

Ha.. ini selalu ni… Pasal nak buat loan la ni. Mungkin anda hendak mengembangkan peniagaan atau perlu tambahan ”working capital” untuk menjalankan bisness, anda memerlukan pinjaman dan Bank adalah sumber yang utama selain daripada Abang Along. Tetapi Bank tentunya agak rigid peraturannya, Bank tentunya takkan buta-buta bagi duit dia kepada sesebuahnya syarikat dan seterusnya menjadi ”Non Performance Loan” atau hutang tak bebayar. Maklumat yang diperlukan tentu salah satunya adalah maklumat perakaunan syarikat tersebut untuk memastikan prestasi kewangan syarikat betul2 berkempuan untuk membayar balik pinjaman. Payah betul yer.. kalau anda tak takut mati dan tak takut kena belasah pinjamlah kat Along. So, maintain akaun anda.

4. Jururunding Cukai

Ya la, nak buat taksiran cukai syarikat anda, Jururunding Cukai tentu perlukan penyata kewangan. Kalau anda tak simpan maklumat kewangan, camner nak kira tax. Kesannya anda tak boleh menghantar borang taksiran tax anda ke LHDN. LHDN mungkin akan mendakwa anda. Anda mungkin didenda, dipenjara atau kedua-duanya sekali.

5. Prospek Rakan Kongsi

Mmm.. untuk membesarkan perniagaan dan anda pun tak cukup sumber kewangan dan tenaga, mungkin anda berfikir untuk mencari rakan kongsi. Rakan tentunya berani masuk atau menambahkan modal sekiranya syarikat anda betul-betul berpotensi. Takkan dia nak serah diri dan menangung risiko syarikat anda cam tu jer tanpa mengkaji prestasi-prestasi kewangan anda sebelum ini walaupun sebelum ini anda meracun fikirannya dengan ”ayat-ayat power” supaya menjadi rakan seperjuangan.

6. Pelabur

Kemungkinan bisness anda berkembang dan terus berkembang sehingga anda boleh mengapungkan Saham anda di Bursa Malaysia. Pelabur tentunya memerlukan maklumat-maklumat perakaunan untuk membuat analisis kewangan syarikat anda. Anda tentunya gembira, impian anda telah tercapai dan kemungkinan besar anda akan menjadi Millionaires atau Billionaires. Tahniah.. Tahniah …saya ucapkan tetapi adakah impian anda akan menjadi kenyataaan kalau anda tidak mengemas kinikan perakaunan syarikat anda dengan baik dari sekarang. Kuang Kuang Kuang

Bersambung lagi..

Comments»

1. amokdemanis - April 7, 2007

suke betul die kat accounting? aku dulu..punya la blur dgn acc. time belajar reti.. exam mula.. hahak

2. amokdemanis - April 7, 2007

silap tu.. time exam.. mula laa.. (baru betul..hehe)

3. zahiramli - April 8, 2007

dulu tak suka ..sebab akaun ni ternikal dan membosankan. Tapi bila keja baru nampak banyak.. syok bila tengok akaun company-company syarikat yang berlainan. Syok tengok diaorang buat duit.

Time Exam. Ye Tak Gak. Terutamanya last minute..hehe..tu tak score

4. farah - January 27, 2008

camana ek…nak teruskan msk bidang akaun ke tak…isk blur…da nekad x nak amik CPA…MIA…tapi…nape smua org amik ek?masa blaja x minat, masa keja blh jadi minat ke?

5. sajaje - February 10, 2008

lama dah blog tak dikemaskini nape ya?

6. yana - January 26, 2009

ada tak cth artikel mengenai sistem maklumat perakaunan..nak sekarang

7. nabilah - January 18, 2010

boleh tak nak tau tentang fungsi perakaunan…?????

8. mybiztrack - March 1, 2010

inginkan aplikasi perakaunan dan perniagaan.. dapatkan di http://www.mybiztrack.com , amat mudah digunakan , lengkap dari merekod urusan jual beli sehingga penyata kewangan syarikat…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: