jump to navigation

Sejarah Tunku Anum dan Strategi Rundingan April 20, 2007

Posted by zahiramli in Sejarah & Perniagaan.
trackback

20a.jpg

Makam Tunku Anum di Kg. Pulau Pisang

Sudah beberapa hari saya tak menulis hanya membaca blog-blog orang je. Baguslah diaorang ni, tiap-tiap hari ada post baru, kadang2 sehari ada dua tiga post. Tahniah! Kagum betul saya.,banyak betul idea diaorang ni ataupun diaorang dah jadi “blog addict” kut. wahahaaha…

Minggu ini saya terlalu sibuk , tunggu masa cuti je nak update blog ni. Tambah-tambah banyak akaun tak keluar lagi dan terpaksa mengejar dateline. Bulan depan tak tahu lah kena outstation kat KL sebulan pulak . Mampus!

Ok yer, Hari ini saya akan menggantikan Cikgu Markonah untuk menjadi guru sejarah anda. Setuju? Wahaha.. Maaf ye, saya rasa memang tak layak pun. Hakikatnya saya hanya belajar sejarah sampai Tingkatan 3 jer. Saya memang meminati subjek sejarah ni sejak sekolah lagi tapi terbantut sejak bertukar ke tingkatan 4 dari sekolah biasa ke sekolah menengah vokasional. Entahlah, saya pun tak faham kenapa takde subjek sejarah kat sekolah vokasional padahal subjek tu menjadi subjek teras di sekolah biasa ketika itu. Mmm maka jadilah saya seorang yang jahil tentang sejarah daripada anda. Namun begitu tak apelah saya akan cuba belajar sejarah semula dengan menulis sesuatu tentang sejarah di blog ini.

OK! Back To The Topic. Siapakah Tunku Anum? Laki ke Pompuan? Siapa ? Siapa? Siapa Orang Misteri ini? Oh Ya! Nak Cerita sikit.. sebelum saya bertukar ke Sekolah Vokasional, saya terlebih dahulu bersekolah di Sekolah Menengah Tunku Anum kat Jitra, Kedah. Nama sekolah tu di ambil semperna orang yang saya nak cerita ni. Kira2 dengan menceritakan sejarah Tunku Anum pastinya mengembalikan nostalgia saya kat sekolah tu la.

Menurut sejarah (berdasarkan artikal dari Wadiasofi Jaafar), Tunku Anum atau nama penuhnya Tunku Anum bin Tunku Abdul Rahman adalah putera tunggal hasil perkongsian hidup di antara Tunku Rahmah dan Tunku Abdul Rahman. Bondanya iaitu Tunku Rahmah adalah puteri sulung kepada Sultan Muhammad Jiwa yang ke2 iaitu Sultan Kedah yang ke- 19 iaitu di antara tahun 1710-1778. Manakala ayahandanya Tunku Abdul Rahman adalah bekas Ketua di Wilayah ChenakThailand.

Nama Tunku Anum mula popular apabila beliau dilantik sebagai ketua penghantar Bunga Emas kepada Kerajaan Siam oleh Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah yang Ke-2 dan Tunku Dhiauddin yang memerintah Kayang (Perlis). Peristiwa ini berlaku pada bulan Ogos 1809. Sesuai dengan tugasnya seorang diplomat yang berurusan dengan Kerajaan Siam, Tunku Anum dikurniakan gelaran “Tunku Paduka Raja Jambangan”. Pada zaman itu,seseorang yang dilantik menjadi penghantar bunga emas amat disanjungi oleh rakyat Kedah kerana tugas tersebut amat berbahaya kerana terpaksa meredah hutan belantara, meredah gunung dan mengambil masa berbulan-bulan untuk sampai negeri Siam. Masa tu, manalah ada lebuhraya apatah lagi kapal terbang. Orang sekarang ni ingat nak senang jer, suruh jalan 500 meter pun dah malas. Tabik spring la sama Tunku Anum!

Ok Flashback

Apabila Sultan Sultan Ahmad Tajuddin menolak permohonan Angkatan Putera Ligor untuk mendapatkan beras bagi tujuan Perang Siam-Burma dengan alasan padi tidak menjadi , perang pun meletus dan
Siam menguasai Kedah. Pelbagai ikhtiar dilakukan oleh pembesar dan rakyat negeri Kedah untuk membebaskan Kedah tetapi semuanya gagal. Perang gerilla la, memberontak la semuanya tak menjadi.
 

Kemudiannya, muncullah Tunku Anum yang kemudiannya di pertanggungjawabkan untuk menjaga keamanan Negeri Kedah. Tunku Anum tahu baginda bukan sahaja menghadapi ancaman dari luaran iaitu Tentera Ligor tetapi juga ancaman dalaman termasuklah ancaman dari sepupu sendiri serta beberapa musuh dalam selimut. Baginda seterusnya mengatur strategi baru menentang Siam, dengan tunduk kepada Putera Ligor dan menawarkan diri untuk berkhidmat kepada Raja Ligor.

Walaupun pada awalnya Tunku Anum dianggap lemah oleh rakyat Kedah , tetapi tindakannya adalah rancangan bijak untuk menyelamatkan Kedah daripada terus dijajah oleh Siam. Beliau besedia untuk menghantar bunga emas sebagai ufti untuk pemulaan perdamaian, akhirnya dengan kebijaksanaan akal,budi bicara dan keperibadian Tunku Anum yang menambat hati, Maharaja Ligor memulangkan Kedah semula kepada pemerintahnya dan berjanji tidak menggangu lagi.

Tamatlah sebahagian cerita Tunku Anum.

Seperti biasa cerita sejarah mesti ada moralnya. Kalau tidak -buat ape kita belajar sejarah. Wahahaha..Moralnya:

  • Tunku Anum telah mengambil pendekatan yang “nonviolent” dalam usaha mengembalikan Kedah iaitu melalui taktik perundingan. Walaupun cara itu dianggap lemah, tetapi dengan strategi yang disusun selepas itu, Kedah dapat dikembalikan semula. Begitu juga dengan perniagaan, tak guna bersaing tak tentu pasal dengan persaing-persaing dengan cara-cara yang mungkin merugikan atau membahayakan perniagaan anda. Adalah lebih baik anda berunding dengan pesaing-pesaing perniagaan anda dan mewujudkan kerjasama seperti bekenaan dengan pasaran, harga dan sebagainya. Dengan kerjasama ini baru synergy perniagaan akan terwujud.

  • Tunku Anum juga mewujudkan keadaan “Win-Win Situation” dalam rundingannya di mana Raja Ligor telah dijamin diberikan ufti Bunga Emas setiap tahun sebagai tanda pendamaian disamping pemberhentian pemberotakan oleh rakyat Kedah, manakala di pihak Kedah pula pastinya akan mendapat semula kedaulatan negerinya. Mmm dalam perniagaan pun untuk mewujudkan perundingan jangan la berat sebelah macam perundingan Israel-Palestin yer.

  • Tunku Anum juga melihat perundingan ini dari “sudut jangka panjang”. Ye la memang kalau nak ikutkan Kedah memang rugi sikit, penyediaan Bunga Emas bukannya murah, bukannya bunga plastik yang disalut emas, semuanya emas tulen bang! Tetapi xperlah rugi sedikit kalau matlamat yang akhir itu tercapai. Sebagai peniaga, anda perlu lihat pelaburan jangka panjang dengan perundingan tersebut. Apakah maklamat akhir anda? Kaji kesan-kesannya sebelum menyetujui sesebuah perundingan.

  • Akhir sekali peniaga perlu belajar “communication skill”, “permikiran kreatif” dan “tingkah laku beradap” daripada Tunku Anum ini dan boleh diadaptasikan dalam perniagaan.

Akhir kata, saya betul2 ucapkan ribuan Terima Kasih kepada Wira Negara Tunku Anum, kalau tak kerana beliau tentu saya menjadi warganegara Thailand kini yang menjadi penentang Taksin. Mungkin saya tak lagi menyebut perkataan SALAM dan TERIMA KASIH , sebaliknya menjadi SAWAT DI KAP dan KHAAWP KHOON KAP.

Al-Fatihah semua untuk Allahyarham Tunku Anum bin Tunku Abdul Rahman  

Comments»

1. shueqry - April 23, 2007

asmkm, Shueqry here.. pekabar?

wow! info yang hebat.. kekadang dalam arus teknologi ni, kita kene track back sejarah dulu, untuk melihat siapa diri kita dan mencari nilai-nilai positif yang ada..

teruja saya baca artikel awak, sampai baca 2 kali!.. thanks!

shueqry
kota kinablu, sabah.

2. zahiramli - April 23, 2007

thanks
ye betul..sejarah selalu berulang, kerana kita selalu tak belajar dari sejarah. Wallahualam.

3. hisam - May 10, 2008

assalammuailaikum w.b.t
ingin benar mengetahui siapa atau pihak mana yg dimaksudkan oleh saudara mengenai petikan artikel ini:-
“tetapi juga ancaman dalaman termasuklah ancaman dari sepupu sendiri serta beberapa musuh dalam selimut.”
bolehkah saudara menceritakan sedikit mengenai salahsilah tunku anum.anak2 cucu baginda.
kenapa anak2 cucu baginda tidak lg memamakai gelaran tunku

4. Nasrul Azli - June 13, 2008

aslamualaikum…saya bekas pelajar SM tunku Anum akhir 1995, bebetul bange la dgn brother, baru saya sendiri tahu asal usul Tunku Anum. kat sekolah tu saya dok asrama, memang banyak kenagan paling best… kalau ada peluang nak masuk sek lagi. ooh lupa saya ni Nasrul Azli, kalau member2 lama kenal lagi saya atau nak kenal pls email saya… azlianimex@yahoo.com.hk…or hp no 012 329 4865

5. CHYENNE - February 5, 2009

BOLEHKAH TOLONG SAYA UNTUK MENDAPAT LOGO SEKOLAH – SMK TUNKU ANUM

6. khaliza - March 7, 2010

5 .kami bangga jadi keturunan Tok Nai Sim yang menjadi wakil tunku Anum ke siam untuk menghantar bunga mas…tapi. ada juga yang mengatakan tok Nai Sim juga pernah dianiaya sebagai pembelot..Waallahua’lam


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: