Jihad Ekonomi Melayu Islam May 22, 2007
Posted by zahiramli in Sejarah & Perniagaan.trackback
Maafkan saya kerana bercuti begitu panjang dalam penulisan blog. Terima Kasih Dr. Azwan dan Saudara Shuqery yang prihatin dan menegur hamba Allah yang lalai ini. Saya agak sibuk kebelakangan ini dan tambahan pula saya bekerja di tempat baru dan agak berlainan dengan kerja lama saya,banyak benda baru kena explore. Alhamdulillah saya tersedar dan kembali menulis.
Topik yang di utarakan adalah bersempena tajuk sebuah buku “Pengisian Agenda Ekonomi Di Bawah Konsep Islam Hadhari: Menjadikan Bisnes Satu Cabang Jihad” yang saya baca ketika menghadiri Seminar Halal Food Standard Realisation (Hafstar) anjuran Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) dan Kerajaan Negeri Kedah pada tahun lepas. Ketika itu syarikat lama saya menjadi penyelia bagi seminar tersebut. Antara speaker yang menghadiri adalah Tan Sri Muhammad Ali Hashim sendiri iaitu penulis buku tersebut. Seperti yang kita tahu ,Tan Sri Muhammad Ali Hashim memang terkenal dan begitu berjaya dalam bidang keusahawanan , beliau adalah Ketua Eksekutif Johor Corporation, Pengerusi Syarikat Kulim (M) Bhd, QSR Brands Bhd, KFC Holdings Bhd, KJPK Healthcare Bhd dan Sindora Bhd. Selain daripada buku ini , antara buku yang ditulis beliau ialah Membujur Lalu dan Bisnes Satu Cabang Jihad, anda boleh dapatkannya di kedai buku.
Sebahagian kandungan buku tersebut yang menarik perhatian saya ialah statistik Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke 8, 2001-2005 yang menunjukkan keciciran dan ketidakseimbangan ekonomi kaum Melayu di Malaysia. Memetik kandungan buku tersebut -kedudukan meruncing bangsa Melayu dilihat dalam semua aspek kehidupan ekonomi. Antaranya:
1. Nisbah Kekangan Pendapatan pendapatan atau Income Disparity Ratio antara Melayu/Bumiputera dengan Kaum Cina semakin renggang iaitu dari 1:1:74 pada 1999 kepada 1:1:80 pada tahun 2002- satu trend yang berbahaya andainya tidak dikawal atau diperbaiki.
2. Lebih membimbangkan, Pendapatan Purata Isirumah, iaitu sumber utama keupayaan merapatkan jurang masa depan bertumbuh pada kadar lebih rendah bagi Melayu/Bumiputera berbanding kadar nasional dan kadar yang dicapai oleh Kaum Cina. Kadar Nasional bertumbuh pada dari RM 2,472 pada 1999 kepada RM 3,011 pada 2002 iaitu pertumbuhan 6.8%, dan kaum Cina bertambah 7.4% kepada RM4,279 pada 2002, sedangkan purata untuk Melayu/Bumiputera Cuma pada kadar 6.2% sahaja,meningkat kepada RM2,376.
3. Melayu/Bumiputera juga dilaporkan cuma memiliki 8.2% daripada jumlah bangunan, komplek bisnes,premis industri dan Hotel berbanding 55.8% milik kaum Cina dan 36 peratus milik semua kaum lain (termasuk 2.9% milik India)
4. Kedudukan kepentingan bisnes yang diukur menerusi nilai modal syarikat tersenarai tersenarai Malaysia di BSKL menunjukkan trend serupa. Melayu yang merupakan 60% penduduk Malaysia cuma menguasai 18.7% saham syarikat tersenarai pada tahun 2002,satu kemorosotan berbanding dengan 18.9% pada tahun 2000, sedangkan kaum Cina telah meningkat daripada 38.9% kepada 40.9%. Kedudukan kepentingan semakin merosot apabila diperhatikan bahawa pertumbuhan hakmilik Melayu/Bumiputera telah cuma meningkat pada kadar 7.8% setahun berbanding 11.2% bagi kaum cina dan purata 8.4% bagi semua kaum.
Tu Dia!!! Adakah kita berwaspada tentang isu ini atau menganggapnya biasa2 saja?
Apakah akan jadi kepada generasi kita 20 tahun kalau keadaan ini terus berterusan?
Patutkah kita menyalahkan kaum lain kerana mereka lebih berjaya disebabkan mereka lebih bijak dan gigih daripada kaum kita?
Mungkin sekarang kuasa politik boleh digunakan untuk mengimbangi kedudukan ekonomi tetapi adakah kuasa itu akan terus berterusan?
Adakah kita mahu menjadikan generasi kita akan datang seperti “Palestin” di tanah air sendiri?
Kita mungkin bercakap tentang jihad yang besar2 tetapi sedar-sedar tak sedar hak milik umat Islam di Negara kita sendiri makin terkikis sedikit demi sedikit, hari demi hari.
Ya inilah masa untuk berhijrah dan berjihad untuk mengembangkan ekonomi kaum kita. Inilah masa untuk melakukan perubahan demi masa depan Islam, Melayu dan generasi kita seterusnya di tanah air sendiri walaupun agak sedikit terlewat.
Mungkin tak ramai yang berani mengambil risiko untuk berhenti kerja dan terus mulakan perniagaan termasuk saya sendiri. Tetapi apa yang pasti ramai usahawan yang berjaya dengan memulakan secara kecil-kecilan dan part-time dahulu sebelum menjadi perniagaan yang besar.
Ada juga tak minat berniaga , itu pun tidak mengapa asalkan kita jangan menjadi perosak peniagaan orang Islam/Melayu. Terus-menerus berilah sokongan anda kepada peniaga kita yang ada sekarang kerana mereka berani mengambil risiko membuka perniagaan. Sebenarnya siapapun status kita, kita boleh sama2 menjadi faktor penyumbang kepada kemajuan ekonomi umat kita, contohnya:
Seorang kontraktor Islam besar boleh memberi peluang projek kecil bagi sub kontraktor Melayu/Islam nya.
Seorang developer Melayu boleh membantu dengan membina rumah dan bangunan yang mampu dibeli oleh kaumnya supaya hakmilik orang kita bertambah.
Seorang Akauntan boleh memberi nasihat perakaunan kepada peniaga2 Melayu supaya akaun mereka lebih bersistematik dan efektif.
Seorang Lawyer, boleh memberikan nasihat perundangan kepada peniaga2 Melayu yang masih kurang kesedaran undang2 yang boleh meruntuhkan perniagaannya,
Seorang Motivator, boleh memberi ceramah motivasi untuk menaikkan semangat peniaga dan bakal peniaga.
Seorang penulis boleh menulis buku2 yang berkualiti untuk menjadi rujukan berguna kepada peniaga dan bakal peniaga.
Seorang pekerja, boleh membantu majikan Islamnya dengan menjadi pekerja terbaik untuk memajukan perniagaan Majikannya seperti dia boleh bekerja dengan baik bila bekerja dibawah majikan bukan Islam.
Seorang guru boleh menyemai semangat keusahawanan di kalangan murid-murid Melayu/Islamnya.
Seorang pengguna, kalau dahulu membeli barangan daripada kedai dan buatan orang bukan Islam, apa kata kita tukar dengan membeli barangan dari kedai dan produk keluaran orang kita. Tunjukkan sokongan anda.
Seorang blogger, kalau ada ilmu dan info berguna, tu boleh tulislah di blog anda untuk dikongsi bersama, bolehlah dimanfaatkan oleh ramai orang.
AYUH, LANCARKAN JIHAD!!!!








Artikel power… boleh jadi sumber rujukan.. awak menyuntik semangat saya untuk lebih serius di dalam perniagaan.. terima kasih
Tapi kan …aku lihat kan … ramai orang melayu seakan-akan dengki bila melihat melayu berniaga. Aku, adalah antara penyokong perniagaan malayu, u can ask my bini on that (tapi u tak kenal dia kan .. ha.ha..ha..)
Anyway. kalau servis diberikan bagus, harga ditawarkan murah, apasalahnya kita menyokong bangsa sendiri. peniaga cina masih boleh hidup di kawasan melayu, kadang2 peniaga melayu nak bertapak di kawasan sendiri pun susah.
keuntungan pun kita rasa bersama. bila masjid/surau adakan majlis2 berkaitan, boleh dilihat peniaga2 ini lah yg byk sponsor. kan ?
Azwan 1: Hai ape kaba Dr.? Lama tak dengar kabar? Sorry ye Dr. saya sibuk betul2 bulan ni.
Azwan2: ya betul, ada sebahagian di kalangan bangsa kita yang tak seronok kalau bangsanya maju. Macam ketam , bila nak naik sikit dah kena tarik jatuh ke bawah.
Kalu orang kita sendiri tak support, sape la nak support kita.
Artikel tu memang hebat, tapi kalau bangsa kita sendiri yang membunuh bangsa sendiri, apa gunanya, contoh nya apa yang saya alami sekarang. Saya seorang kontraktor binaan, saya banyak membuat kerja-kerja renovation rumah, saya bermula dari bawah sehinggalah saya berjaya, satu hari saya mendapat satu projek buat rumah banglo di rawang, saya menjadi subkontraktor untuk satu syarikat hak milik orang `MELAYU’ dimana isterinya memakai `PURDAH’ tapi akhirnya saya di tipu, dimana sehingga ke hari ini saya tidak mendapat bayaran dengan kerja-kerja yang saya lakukan, sedangkang saya telah mengeluarkan banyak wang untuk projek ini. Inikah dikatakan hendak menolong Bangsa sendiri? saya tahu tak semua Orang melayu Penipu,Tapi apa yang saya lihat, Kebanyakkan `Orang Melayu’ lebih mementingkan diri sendiri, Daripada hendak membantu Bangsa sendiri, agama dan negara.
salam…..saya ada cara untuk org melayu muslim kita maju dlm bidang ekonomi,sila layari hmeonetwork.com. atau hubungi saya di 0163456097