“Kampung Class” atau “World Class” May 23, 2007
Posted by zahiramli in Sejarah & Perniagaan.6 comments
Kelmarin selepas Assembly, secara tiba-tiba CEO syarikat saya mengadakan mesyuarat tergempar dengan executive-executive syarikat. Antara perkara yang disentuh oleh beliau ialah tentang “World Class” Company, tentang bagaimana syarikat sepatutnya ke arah tersebut dengan meningkatkan tahap “class” syarikat dari semasa ke semasa.
Kembali ke rumah sambil “relax-relax”, saya terselak majalah Accountant Todays dari MIA yang baru saya terima beberapa hari yang lepas. Dalam majalah tersebut telah menyenaraikan 50 syarikat-syarikat di seluruh dunia yang dikeluarkan oleh Majalah Fortune pada 19 Mac 2007 lalu. Syarikat-syarikat ini adalah berklass dunia dan dianggap “Most Admired Companies For 2007”. Berikut saya senaraikan 50 buah syarikat tersebut dari segi rank,syarikat dan negaranya.
1 General Electric U.S.
2 Toyota Motor Japan
3 Procter & Gamble U.S.
4 Johnson & Johnson U.S.
5 Apple1 U.S.
6 Berkshire Hathaway U.S.
7 FedEx U.S.
8 Microsoft U.S.
9 BMW Germany
10 PepsiCo U.S.
11 IBM U.S.
12 Target U.S.
13 Wal-Mart Stores U.S.
14 United Parcel Service U.S.
15 Costco Wholesale U.S.
16 Walt Disney U.S.
17 Singapore Airlines Singapore
18 Exxon Mobil U.S.
19 Boeing U.S.
20 Nokia Finland
21 Citigroup U.S.
22 Bank of America U.S.
23 Honda Motor Japan
24 Coca-Cola U.S.
25* Caterpillar U.S.
25* Nestlé Switzerland
27 Dell U.S.
28 Toyota Industries Japan
29 Intel U.S.
30 Tesco Britain
31 DuPont U.S.
32* Cisco Systems U.S.
32* Walgreen U.S.
34* Samsung Electronics South Korea
34* Anheuser-Busch U.S.
36 BP Britain
37* Best Buy U.S.
37* Siemens Germany
39 Home Depot U.S.
40 L’Oréal France
41 Sony Japan
42 Motorola U.S.
43 Hewlett-Packard U.S.
44 Northwestern Mutual U.S.
45 Lowe’s U.S.
46 Canon Japan
47 Deere U.S.
48* HSBC Holdings Britain
48* Xerox U.S.
50 Dow Chemical U.S.
Klik disini untuk maklumat seterusnya. Fortune 50 Companies
Untuk pengetahuan, General Electric sudah berada 7 kali di atas sepanjang dekad ini. Dikatakan antara ramuan untuk menaikkan dan mengekalkan ranking ialah pelaksanaan dan percapaian baik yang konsisten, kepimpinan yang stabil dan tidak takut untuk berinovasi.
Tanyakan kepada diri kita sendiri. Di manakah “class” syarikat kita atau diri kita sendiri sebagai individu sebenarnya?
Usahlah fikir terlalu jauh, Adakah kita kita sudah mencapai “Malaysia Class”? Adakah kita sudah mencapai “State Class”? “City Class”? “Campus class”? ataupun “Individual class”?.
Adakah kita sudah bangga gila dan berpuas hati hanya sekadar menjadi jaguh berklas kampong sahaja- lebih sikit saja daripada kawan-kawan kita? Ataupun kita tidak mempunyai “class” apapun kerana tiada pencapaian yang boleh dibanggakan.
Bukan untuk tidak bersyukur tapi bersikap “complacent” tak membawa kita ke mana mana. Apakah “benchmark” kita hanya membandingkan pencapaian kita dengan rakan-rakan terdekat sahaja.
Lihatlah dunia dengan lebih luas, lihatlah orang yang lebih berjaya daripada kita untuk kita jadikan inspirasi supaya kita akan terus berusaha untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang lagi. Barulah kita betul-betul menjadi individu yang “WORLD CLASS”. Cayalah!!
Jihad Ekonomi Melayu Islam May 22, 2007
Posted by zahiramli in Sejarah & Perniagaan.6 comments
Maafkan saya kerana bercuti begitu panjang dalam penulisan blog. Terima Kasih Dr. Azwan dan Saudara Shuqery yang prihatin dan menegur hamba Allah yang lalai ini. Saya agak sibuk kebelakangan ini dan tambahan pula saya bekerja di tempat baru dan agak berlainan dengan kerja lama saya,banyak benda baru kena explore. Alhamdulillah saya tersedar dan kembali menulis.
Topik yang di utarakan adalah bersempena tajuk sebuah buku “Pengisian Agenda Ekonomi Di Bawah Konsep Islam Hadhari: Menjadikan Bisnes Satu Cabang Jihad” yang saya baca ketika menghadiri Seminar Halal Food Standard Realisation (Hafstar) anjuran Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) dan Kerajaan Negeri Kedah pada tahun lepas. Ketika itu syarikat lama saya menjadi penyelia bagi seminar tersebut. Antara speaker yang menghadiri adalah Tan Sri Muhammad Ali Hashim sendiri iaitu penulis buku tersebut. Seperti yang kita tahu ,Tan Sri Muhammad Ali Hashim memang terkenal dan begitu berjaya dalam bidang keusahawanan , beliau adalah Ketua Eksekutif Johor Corporation, Pengerusi Syarikat Kulim (M) Bhd, QSR Brands Bhd, KFC Holdings Bhd, KJPK Healthcare Bhd dan Sindora Bhd. Selain daripada buku ini , antara buku yang ditulis beliau ialah Membujur Lalu dan Bisnes Satu Cabang Jihad, anda boleh dapatkannya di kedai buku.
Sebahagian kandungan buku tersebut yang menarik perhatian saya ialah statistik Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke 8, 2001-2005 yang menunjukkan keciciran dan ketidakseimbangan ekonomi kaum Melayu di Malaysia. Memetik kandungan buku tersebut -kedudukan meruncing bangsa Melayu dilihat dalam semua aspek kehidupan ekonomi. Antaranya:
1. Nisbah Kekangan Pendapatan pendapatan atau Income Disparity Ratio antara Melayu/Bumiputera dengan Kaum Cina semakin renggang iaitu dari 1:1:74 pada 1999 kepada 1:1:80 pada tahun 2002- satu trend yang berbahaya andainya tidak dikawal atau diperbaiki.
2. Lebih membimbangkan, Pendapatan Purata Isirumah, iaitu sumber utama keupayaan merapatkan jurang masa depan bertumbuh pada kadar lebih rendah bagi Melayu/Bumiputera berbanding kadar nasional dan kadar yang dicapai oleh Kaum Cina. Kadar Nasional bertumbuh pada dari RM 2,472 pada 1999 kepada RM 3,011 pada 2002 iaitu pertumbuhan 6.8%, dan kaum Cina bertambah 7.4% kepada RM4,279 pada 2002, sedangkan purata untuk Melayu/Bumiputera Cuma pada kadar 6.2% sahaja,meningkat kepada RM2,376.
3. Melayu/Bumiputera juga dilaporkan cuma memiliki 8.2% daripada jumlah bangunan, komplek bisnes,premis industri dan Hotel berbanding 55.8% milik kaum Cina dan 36 peratus milik semua kaum lain (termasuk 2.9% milik India)
4. Kedudukan kepentingan bisnes yang diukur menerusi nilai modal syarikat tersenarai tersenarai Malaysia di BSKL menunjukkan trend serupa. Melayu yang merupakan 60% penduduk Malaysia cuma menguasai 18.7% saham syarikat tersenarai pada tahun 2002,satu kemorosotan berbanding dengan 18.9% pada tahun 2000, sedangkan kaum Cina telah meningkat daripada 38.9% kepada 40.9%. Kedudukan kepentingan semakin merosot apabila diperhatikan bahawa pertumbuhan hakmilik Melayu/Bumiputera telah cuma meningkat pada kadar 7.8% setahun berbanding 11.2% bagi kaum cina dan purata 8.4% bagi semua kaum.
Tu Dia!!! Adakah kita berwaspada tentang isu ini atau menganggapnya biasa2 saja?
Apakah akan jadi kepada generasi kita 20 tahun kalau keadaan ini terus berterusan?
Patutkah kita menyalahkan kaum lain kerana mereka lebih berjaya disebabkan mereka lebih bijak dan gigih daripada kaum kita?
Mungkin sekarang kuasa politik boleh digunakan untuk mengimbangi kedudukan ekonomi tetapi adakah kuasa itu akan terus berterusan?
Adakah kita mahu menjadikan generasi kita akan datang seperti “Palestin” di tanah air sendiri?
Kita mungkin bercakap tentang jihad yang besar2 tetapi sedar-sedar tak sedar hak milik umat Islam di Negara kita sendiri makin terkikis sedikit demi sedikit, hari demi hari.
Ya inilah masa untuk berhijrah dan berjihad untuk mengembangkan ekonomi kaum kita. Inilah masa untuk melakukan perubahan demi masa depan Islam, Melayu dan generasi kita seterusnya di tanah air sendiri walaupun agak sedikit terlewat.
Mungkin tak ramai yang berani mengambil risiko untuk berhenti kerja dan terus mulakan perniagaan termasuk saya sendiri. Tetapi apa yang pasti ramai usahawan yang berjaya dengan memulakan secara kecil-kecilan dan part-time dahulu sebelum menjadi perniagaan yang besar.
Ada juga tak minat berniaga , itu pun tidak mengapa asalkan kita jangan menjadi perosak peniagaan orang Islam/Melayu. Terus-menerus berilah sokongan anda kepada peniaga kita yang ada sekarang kerana mereka berani mengambil risiko membuka perniagaan. Sebenarnya siapapun status kita, kita boleh sama2 menjadi faktor penyumbang kepada kemajuan ekonomi umat kita, contohnya:
Seorang kontraktor Islam besar boleh memberi peluang projek kecil bagi sub kontraktor Melayu/Islam nya.
Seorang developer Melayu boleh membantu dengan membina rumah dan bangunan yang mampu dibeli oleh kaumnya supaya hakmilik orang kita bertambah.
Seorang Akauntan boleh memberi nasihat perakaunan kepada peniaga2 Melayu supaya akaun mereka lebih bersistematik dan efektif.
Seorang Lawyer, boleh memberikan nasihat perundangan kepada peniaga2 Melayu yang masih kurang kesedaran undang2 yang boleh meruntuhkan perniagaannya,
Seorang Motivator, boleh memberi ceramah motivasi untuk menaikkan semangat peniaga dan bakal peniaga.
Seorang penulis boleh menulis buku2 yang berkualiti untuk menjadi rujukan berguna kepada peniaga dan bakal peniaga.
Seorang pekerja, boleh membantu majikan Islamnya dengan menjadi pekerja terbaik untuk memajukan perniagaan Majikannya seperti dia boleh bekerja dengan baik bila bekerja dibawah majikan bukan Islam.
Seorang guru boleh menyemai semangat keusahawanan di kalangan murid-murid Melayu/Islamnya.
Seorang pengguna, kalau dahulu membeli barangan daripada kedai dan buatan orang bukan Islam, apa kata kita tukar dengan membeli barangan dari kedai dan produk keluaran orang kita. Tunjukkan sokongan anda.
Seorang blogger, kalau ada ilmu dan info berguna, tu boleh tulislah di blog anda untuk dikongsi bersama, bolehlah dimanfaatkan oleh ramai orang.
AYUH, LANCARKAN JIHAD!!!!
“Complacent” Adalah Pembunuh April 25, 2007
Posted by zahiramli in Sejarah & Perniagaan.7 comments
Salah satu sifat mazmumah yang boleh menjahanamkan diri dan perniagaan adalah sifat “complacent” ataupun dalam bahasa Melayu rojaknya perasaan puas hati/selesa tahap kemuncak atau syok sendiri yang gila babas (wahaha sorry ye saya lupa membawa kamus bersama-sama sewaktu menulis post ini). Kawan-kawan yang tahu minta tolong translate untuk saya apakah maksud “complacent” dalam BM yang setepatnya.
Sesungguhnya terdapat perbezaan di antara bersyukur dan “complacent” ini. Bersyukur adalah condong ke arah rasa berterima kasih serta wujud tawaduk dan kemudiaannya tidak melakukan sesuatu yang luar batasan/haram. Tetapi bersyukur menyatakan kesanggupan kita untuk terus berusaha untuk menjadi lebih baik. Sebaliknya “complacent” terus menutup peluang dan pintu-pintu untuk dirinya atau syarikatnya terus lebih maju ke hadapan kerana mungkin merasa sudah berada dalam keadaan sempurna benar.
“Mmmm..cukupla setakat tu…lebih-lebih buat apa, Aku dah power. Aku dah otai tahap dewa korang tahu! Sape pun tak boleh challenge aku” katanya.
Sedar-sedar tak sedar sikap itu boleh membunuh dirinya dan 7 generasi keturunannya selepas itu. Apa yang ditakuti adalah sikap ini boleh menimbulkan perasaan buruk yang lain seperti ujub, riak,takabur dan malas nak mampus(baloq liat kata orang utara).
Sejarah membuktikan banyak syarikat-syarikat yang sesuatu ketika dahulu begitu hebat , akhirnya hampir-hampir tenggelam disebabkan sikap sebegini.
IBM contohnya satu ketika dahulu merupakan syarikat gergasi komputer yang terbesar di mana ketika itu mereka menguasai hampir 60% pasaran komputer dan mewakili 75% keuntungan daripada industri ini.. Oleh kerana begitu selesa atau mungkin sudah merasa besar diri mereka mengabaikan tanngungjawab kepada pelanggan mereka. Jika anda membeli komputer IBM ketika itu, anda juga perlu membeli perisian daripada mereka juga kerana mereka tidak mahu berintegrasi dengan syarikat komputer lain. Selain itu mereka tidak menjalankan R&D yang berkesan atau menkaji kehendak pasaran sebaik mungkin kerana merasa produk mereka adalah begitu bagus dan tiada tandingan. Tindakan IBM ini seolah-olah mengarah pelanggan tentang apa yang mereka patut dan tak patut membeli dan nyata mereka lebih mengutamakan kehendak mereka sendiri daripada kehendak pelanggan. Mereka ingin memonopoli dan menutup peluang persaing-persaing tetapi sebenarnya mereka lupa bahawa mereka telah meninggalkan satu lubang besar untuk pesaing-pesaing mereka mengambil kesempatan iaitu Perkhidmatan Pelanggan. Ya, penguasan mereka tidaklah lama kerana selepas itu dua newbie dari industri ini telah mengambil kesempatan daripada kelemahan IBM ini tentunya dua orang anak muda- Bill Gate daripada Microsoft dan Steve Jobs daripada Apple Computer yang telah berjaya mencipta software dan komputer pribadi yang lebih mesra pelanggan dan selepas itu nama IBM yang begitu gah itu hampir-hampir terkikis.
Senario ini sebenarnya berlaku di dalam negara kita juga. Malaysia Airline (MAS) contohnya yang satu ketika merupakan syarikat monopoli penerbangan di tanah air. Mereka begitu selesa dan tambahan pula mendapat bantuan kerajaan dari segi kewangan mahupun kemudahaan infrastruktur. Kalau ada masalah kewangan sedikit tentu ada saja topup daripada kerajaan. Sayang, kesempatan ini tidak digunakan untuk menjanakan keuntungan sebanyak yang mungkin dan menutup-menutup ruang-ruang persaingan sebaik mungkin. Sebaliknya budak baru dari Air Asia telah mengambil kesempatan atas kelemahan ini. Dengan strategi canggih-manggih Air Asia, mereka menjadi begitu hebat dan nama MAS hampir-hampir tenggelam sehinggakan apabila kalau dirujuk tentang Kapal Terbang di terbang di Malaysia tentu orang akan teringatkan Air Asia dahulu sebelum MAS.
Tetapi apa yang paling saya takuti ialah sifat “Complacent” ini melanda bangsa saya sendiri di negara tercinta. Lihatlah remaja kita lebih suka menjadi hero dan heroin dalam masalah sosial daripada menjadi wira di sekolah atau universiti. Lihatlah orang-orang dewasa kita yang suka bersembang kosong dan berdebat yang entah apa-apa daripada memajukan diri, agamanya dan bangsanya.Adakah kerana kita merasa terlalu selesa kerana selalu mendapat subsidi ataupun kerana bangsa kita adalah pemerintah negara ini?
Sebenarnya tak salah kita mendapat semua kemudahan-kemudahan ini dan harap2 ia berkekalan. Tetapi inilah masanya kita menggunakan kelebihan-kelebihan yang kita ada sebaik-baiknya untuk kemajuan umat dan bangsa kita segah-gahnya kerana kemudahan2 ini tak terjamin kekal selamanya.
Teringat saya 2 hadis Rasullulah yang popular dalam menangani sifat “Complacent” ini:
Hadis 1
Ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara
Senang sebelum susah
Sihat sebelum sakit
Kaya sebelum miskin
Muda sebelum Tua
Hidup sebelum Mati
Hadis 2
Barangsiapa yang amalannya hari ini lebih baik dari semalam,
dialah orang yang beruntung.
Barangsiapa yang amalannya hari ini sama dengan yang semalam,
dia adalah orang yang rugi.
Dan barangsiapa yang amalannya hari ini lebih buruk dari hari semalam,
dia tergolong orang yang dilaknat Allah s.w.t.
Sejarah Tunku Anum dan Strategi Rundingan April 20, 2007
Posted by zahiramli in Sejarah & Perniagaan.6 comments
Makam Tunku Anum di Kg. Pulau Pisang
Sudah beberapa hari saya tak menulis hanya membaca blog-blog orang je. Baguslah diaorang ni, tiap-tiap hari ada post baru, kadang2 sehari ada dua tiga post. Tahniah! Kagum betul saya.,banyak betul idea diaorang ni ataupun diaorang dah jadi “blog addict” kut. wahahaaha…
Minggu ini saya terlalu sibuk , tunggu masa cuti je nak update blog ni. Tambah-tambah banyak akaun tak keluar lagi dan terpaksa mengejar dateline. Bulan depan tak tahu lah kena outstation kat KL sebulan pulak . Mampus!
Ok yer, Hari ini saya akan menggantikan Cikgu Markonah untuk menjadi guru sejarah anda. Setuju? Wahaha.. Maaf ye, saya rasa memang tak layak pun. Hakikatnya saya hanya belajar sejarah sampai Tingkatan 3 jer. Saya memang meminati subjek sejarah ni sejak sekolah lagi tapi terbantut sejak bertukar ke tingkatan 4 dari sekolah biasa ke sekolah menengah vokasional. Entahlah, saya pun tak faham kenapa takde subjek sejarah kat sekolah vokasional padahal subjek tu menjadi subjek teras di sekolah biasa ketika itu. Mmm maka jadilah saya seorang yang jahil tentang sejarah daripada anda. Namun begitu tak apelah saya akan cuba belajar sejarah semula dengan menulis sesuatu tentang sejarah di blog ini.
OK! Back To The Topic. Siapakah Tunku Anum? Laki ke Pompuan? Siapa ? Siapa? Siapa Orang Misteri ini? Oh Ya! Nak Cerita sikit.. sebelum saya bertukar ke Sekolah Vokasional, saya terlebih dahulu bersekolah di Sekolah Menengah Tunku Anum kat Jitra, Kedah. Nama sekolah tu di ambil semperna orang yang saya nak cerita ni. Kira2 dengan menceritakan sejarah Tunku Anum pastinya mengembalikan nostalgia saya kat sekolah tu la.
Menurut sejarah (berdasarkan artikal dari Wadiasofi Jaafar), Tunku Anum atau nama penuhnya Tunku Anum bin Tunku Abdul Rahman adalah putera tunggal hasil perkongsian hidup di antara Tunku Rahmah dan Tunku Abdul Rahman. Bondanya iaitu Tunku Rahmah adalah puteri sulung kepada Sultan Muhammad Jiwa yang ke2 iaitu Sultan Kedah yang ke- 19 iaitu di antara tahun 1710-1778. Manakala ayahandanya Tunku Abdul Rahman adalah bekas Ketua di Wilayah ChenakThailand.
Nama Tunku Anum mula popular apabila beliau dilantik sebagai ketua penghantar Bunga Emas kepada Kerajaan Siam oleh Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah yang Ke-2 dan Tunku Dhiauddin yang memerintah Kayang (Perlis). Peristiwa ini berlaku pada bulan Ogos 1809. Sesuai dengan tugasnya seorang diplomat yang berurusan dengan Kerajaan Siam, Tunku Anum dikurniakan gelaran “Tunku Paduka Raja Jambangan”. Pada zaman itu,seseorang yang dilantik menjadi penghantar bunga emas amat disanjungi oleh rakyat Kedah kerana tugas tersebut amat berbahaya kerana terpaksa meredah hutan belantara, meredah gunung dan mengambil masa berbulan-bulan untuk sampai negeri Siam. Masa tu, manalah ada lebuhraya apatah lagi kapal terbang. Orang sekarang ni ingat nak senang jer, suruh jalan 500 meter pun dah malas. Tabik spring la sama Tunku Anum!
Ok Flashback
Apabila Sultan Sultan Ahmad Tajuddin menolak permohonan Angkatan Putera Ligor untuk mendapatkan beras bagi tujuan Perang Siam-Burma dengan alasan padi tidak menjadi , perang pun meletus dan
Siam menguasai Kedah. Pelbagai ikhtiar dilakukan oleh pembesar dan rakyat negeri Kedah untuk membebaskan Kedah tetapi semuanya gagal. Perang gerilla la, memberontak la semuanya tak menjadi.
Kemudiannya, muncullah Tunku Anum yang kemudiannya di pertanggungjawabkan untuk menjaga keamanan Negeri Kedah. Tunku Anum tahu baginda bukan sahaja menghadapi ancaman dari luaran iaitu Tentera Ligor tetapi juga ancaman dalaman termasuklah ancaman dari sepupu sendiri serta beberapa musuh dalam selimut. Baginda seterusnya mengatur strategi baru menentang Siam, dengan tunduk kepada Putera Ligor dan menawarkan diri untuk berkhidmat kepada Raja Ligor.
Walaupun pada awalnya Tunku Anum dianggap lemah oleh rakyat Kedah , tetapi tindakannya adalah rancangan bijak untuk menyelamatkan Kedah daripada terus dijajah oleh Siam. Beliau besedia untuk menghantar bunga emas sebagai ufti untuk pemulaan perdamaian, akhirnya dengan kebijaksanaan akal,budi bicara dan keperibadian Tunku Anum yang menambat hati, Maharaja Ligor memulangkan Kedah semula kepada pemerintahnya dan berjanji tidak menggangu lagi.
Tamatlah sebahagian cerita Tunku Anum.
Seperti biasa cerita sejarah mesti ada moralnya. Kalau tidak -buat ape kita belajar sejarah. Wahahaha..Moralnya:
-
Tunku Anum telah mengambil pendekatan yang “nonviolent” dalam usaha mengembalikan Kedah iaitu melalui taktik perundingan. Walaupun cara itu dianggap lemah, tetapi dengan strategi yang disusun selepas itu, Kedah dapat dikembalikan semula. Begitu juga dengan perniagaan, tak guna bersaing tak tentu pasal dengan persaing-persaing dengan cara-cara yang mungkin merugikan atau membahayakan perniagaan anda. Adalah lebih baik anda berunding dengan pesaing-pesaing perniagaan anda dan mewujudkan kerjasama seperti bekenaan dengan pasaran, harga dan sebagainya. Dengan kerjasama ini baru synergy perniagaan akan terwujud.
-
Tunku Anum juga mewujudkan keadaan “Win-Win Situation” dalam rundingannya di mana Raja Ligor telah dijamin diberikan ufti Bunga Emas setiap tahun sebagai tanda pendamaian disamping pemberhentian pemberotakan oleh rakyat Kedah, manakala di pihak Kedah pula pastinya akan mendapat semula kedaulatan negerinya. Mmm dalam perniagaan pun untuk mewujudkan perundingan jangan la berat sebelah macam perundingan Israel-Palestin yer.
-
Tunku Anum juga melihat perundingan ini dari “sudut jangka panjang”. Ye la memang kalau nak ikutkan Kedah memang rugi sikit, penyediaan Bunga Emas bukannya murah, bukannya bunga plastik yang disalut emas, semuanya emas tulen bang! Tetapi xperlah rugi sedikit kalau matlamat yang akhir itu tercapai. Sebagai peniaga, anda perlu lihat pelaburan jangka panjang dengan perundingan tersebut. Apakah maklamat akhir anda? Kaji kesan-kesannya sebelum menyetujui sesebuah perundingan.
-
Akhir sekali peniaga perlu belajar “communication skill”, “permikiran kreatif” dan “tingkah laku beradap” daripada Tunku Anum ini dan boleh diadaptasikan dalam perniagaan.
Akhir kata, saya betul2 ucapkan ribuan Terima Kasih kepada Wira Negara Tunku Anum, kalau tak kerana beliau tentu saya menjadi warganegara Thailand kini yang menjadi penentang Taksin. Mungkin saya tak lagi menyebut perkataan SALAM dan TERIMA KASIH , sebaliknya menjadi SAWAT DI KAP dan KHAAWP KHOON KAP.
Al-Fatihah semua untuk Allahyarham Tunku Anum bin Tunku Abdul Rahman
Merancang Cukai 3- SA-CP204 dan CP204A April 14, 2007
Posted by zahiramli in Percukaian.3 comments
Ok kita sambung topik semalam tentang “Self Assessment” (SA) , namun di sini saya hanya ingin menyentuh tentang taksiran cukai bagi Syarikat.
“Self Assessment” menghendaki di mana setiap syarikat perlu menafsirkan anggaran cukai yang kena dibayar pada tahun kewangan akan datang dan membuat bayaran bulanan (monthly installment) pada tahun tersebut berdasar jumlah yang dianggarkan. Tanggungjawab ini juga termasuk bagi syarikat yang menganggarkan tidak layak dikenakan cukai. Eg. Katalah Tahun Kewangan syarikat anda adalah 1.1.2007 -31.12.2007 maka anda perlu menafsir jumlah liabiliti cukai pada tahun kewangan 1.1.2008 – 31.12.2008 dan membuat bayaran setiap bulan berdasar amaun purata jumlah cukai yang dianggarkan sekiranya dianggar ada , kalau kosong takyah bayar.
Di bawah Sistem Taksir Sendiri, setiap syarikat dikehendaki mengemukakan anggaran cukainya di dalam borang CP204 kepada LHDN, Borang ini perlu dikemukakan kepada LHDN tidak lewat daripada 30 hari sebelum bermulanya tempoh asas sesuatu tahun taksiran.
Bagaimanapun bagi syarikat yang baru memulakan perniagaan , anggaran taksiran cukai bagi tahun semasa boleh dilakukan dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh perniagaan dimulakan (commenced date).
Eg.
Tarikh perniagaan bermula : 01.07.2007
Tahun Kewangan; 01.07.2007 -30.6.2008
Tarikh Penghantaran CP204: Selewat-lewatnya pada 30.09.2007
Bagaimana menganggar cukai yang kena bayar?
Anggaran cukai bagi tahun hadapan mestilah tidak boleh kurang daripada jumlah anggaran cukai yang kena dibayar bagi tahun taksiran (TT) sebelum itu,
Eg.
TT 2006 Anggaran Cukai Kena Bayar RM12,000
TT 2007 Anggaran Cukai Kena Bayar ≥ RM12,000
Setelah menerima Borang CP204 yang lengkap yang dikemukakan oleh syarikat, LHDN akan mengeluarkan Notis Bayaran Ansuran (CP 205) dan anda perlu membayar instalmen bulanan cukai yang dianggarkan sekiranya ada.
Adakah anggaran cukai boleh dipinda?
Katakah jualan syarikat anda meningkat atau turun secara mendadak. Anda boleh mengubah anggaran taksiran cukai anda sebelum ini. Syarikat dibenarkan membuat pindaan kepada anggaran cukainya yang asal dengan mengisi borang CP204A dalam bulan ke enam dalam tempoh asas ada sesuatu tahun taksiran. Borang CP204A lebih kurang sama dengan CP204, cuma anda perlu menanda kotak ‘pindaan anggaran’. Berhubungan dengan itu , baki instalmen sebelum ini juga akan dipinda mengikut jumlah yang anggaran baru. LHDN akan mengeluarkan Notis Pindaan Bayaran Ansuran (CP206) bagi mengesahkan bayaran ansuran berdasarkan pindaan anggaran.
Kegagalan Menghantar Borang CP204?
Sekiranya syarikat gagal mengemukakan anggaran cukai pada tarikh yang ditetapkan, Ketua Pengarah LHDN (KPHDN) akan mengeluarkan arahan bayaran ansuran kepada syarikat. KPHDN juga boleh mengambil tindakan MAHKAMAH ke atas syarikat kerana gagal mengemukakan anggaran cukai.
Bilakah Pembayaran Perlu Dimulakan?
Amaun bagi setiap bayaran ansuran dikira dengan mambahagikan anggaran cukai kena dibayar dengan bilangan bulan yang terdapat dalam tempoh asas bagi sesuatu tahun taksiran. (Equally Monthly Installment)
Anggaran cukai hendaklah dibayar secara ansuran setiap bulan mulai bulan kedua dalam tempoh asas untuk sesuatu tahun taksiran dan selewatnya pada hari ke sepuluh dalam bulan berkaitan. Sekiranya hari ke sepuluh tersebut jatuh pada hari cuti mingguan atau hari kelepasan am, hari bekerja berikutnya bolehlah dianggap sebagai tarikh akhir yang ditetapkan.Jika bayaran ansuran tidak dibayar sepenuhnya pada tarikh yang ditetapkan, cukai akan dinaikkan sebanyak 10 peratus atas amaun baki yang tidak dibayar pada tarikh ditetapkan (penaltilah tu wakaka).
Apa yang akan berlaku sekiranya cukai yang kena dibayar melebihi anggaran atau pindaan anggaran?
Setelah akaun beraudit selesai dan anda membuat tafsiran cukai , katakanlah cukai kena bayar sebenar syarikat anda ditaksirkan melebihi jumlah anggaran cukai sebelum ini. Sekiranya terdapat perbezaan yang melebihi 30% di antara cukai yang kena dibayar dengan pindaan anggaran cukai atau anggaran cukai asal (sekiranya tiada pindaan anggaran, satu kenaikan cukai sebanyak 10% akan dikenakan ke atas jumlah perbezaan yang melebihi 30% – Penalti lagi kalau tak score tak tahulah
Contoh:
Cukai yang kena dibayar RM 20,000
Jumlah Anggaran Cukai RM 12,000
Perbezaan RM 8,000
30% daripada cukai
(30% @ RM20,000) RM 6,000
Perbezaan RM 2,000
Penalti (10% x RM2,000) = RM200
Penalti di sini bukanlah seperti mendapatkan penalti dalam pelawanan bola sepak, di sini anda perlu mengeluarkan lebih banyak wang anda dan syarikat anda kepada LHDN. Tetapi tak apelah kalau niat anda untuk menderma, duit cukai ni banyak gak tolong orang dan memajukan Negara ,ye tak? Apa yang pasti inilah tambahan cukai2 yang perlu kita elakkan dalam perancangan cukai syarikat kita. Bayangkan kalau jumlah tu makan juta2, nak mampus? Wakaka
Untuk keterangan lanjut, hubungilah penafsir cukai berlesen anda atau kunjungi laman web LHDN. Saya sebenarnya belum expert dalam bab cukai ni tapi bolehlah sikit-sikit.
Merancang Cukai 2- Self Assessment April 13, 2007
Posted by zahiramli in Percukaian.8 comments
Walau apa pun tanggapan anda mengenai “ Cukai” , sebagai peniaga anda harus mengambil tahu mengenainya dan jangan sekali2 mengabaikannya. Ianya seumpama anda cuba memboikot penggunaan diesel walaupun harga diesel dah naik berkali-kali, mahu tak mahu anda terpaksa menggunakannya untuk mengisi tank minyak kereta/motor anda , takkan nak jalan kaki kut? Samalah cukai ngan perniagaan, mau tak mau kenalah buat tafsiran cukai,- dah termaktub di dalam “undeng-undeng” ada..faham (mmm.. saya-no comment). Apa yang perlu anda lakukan sekarang cuba elakkan amaun cukai yang tidak perlu dan meminimumkan cukai syarikat anda.
OK. Hari ini saya menyentuh tentang “ Self Assessment” atau Taksiran Sendiri (Betul ke aku translate ni, wakaka ,hentamlah labu) . “Self Assessment” ini adalah satu sistem dari LHDN di mana pembayar cukai dikehendaki bertanggungjawab melakukan taksiran liabiliti cukai dan membayar cukai mereka sendiri.
Dengan wujudnya “Self Assessment” ini, pembayar cukai tentunya dapat menguruskan hal-ehwal cukainya sendiri. Dan untuk melakukan nya, diharapkan pembayar cukai/peniaga akan menyimpan rekod2nya dengan baik,mengisi borang cukai dengan betul, mengira cukai dan menyerahkan borang tersebut berserta dengan bayaran sekiranya ada. (Kan peniaga menjadi lebih berdisiplin-harap2lah). Kepada LHDN pula ianya satu bentuk memodenisasi dan menyusunsemula pentadbirannya yang akan menghasilkan sistem yang lebih effisien dan pengutipan cukai yang lebih pantas. Disamping itu, ianya dapat meningatkan tahap pematuhan cukai di kalangan pembayar cukai.
Bilakah “Self Assessment” ini bermula (Effective Date)? Ianya bergantung kepada Jenis Pembayar Cukai.
Jenis Pembayar Cukai
1. Syarikat- Tahun 2001
2. Pemilik Tunggal, Perkongsian, Koperasi- Tahun 2004
3. Individu Bergaji –Tahun 2004
Alamak saya tak dapat meneruskan post ini, ade keje jap …nanti yer
Kisah Tiga Abdul dan Faktor “Wow” April 12, 2007
Posted by zahiramli in Pengurusan Perniagaan.8 comments
Baru-baru ini saya dan beberapa rakan seperjuangan telah menghadiri kursus keusahawanan anjuran Prosper PUNB di bawah skim siswazah. Di sini kami diberi peluang oleh PUNB untuk memulakan perniagaan sendiri dengan PUNB memberi bantuan daripada sumber kewangan. Sejajar dengan saranan kerajaan untuk mewujudkan lebih ramai peniaga bumiputera, PUNB telah menjadi pemangkin kepada bakal usahawan yang bercita-cita menjadi usahawan tetapi kekurangan “pulus”. Konsep perniagaan yang disarankan oleh PUNB adalah konsep perniagaan peruncitan. Sesiapa yang berminat menjadi usahawan peruncitan boleh lawat web PUNB.
Kursus itu memang menarik sehingga mecambahkan motivasi saya untuk bergelar seorang usahawan. Dan antara yang menarik perhatian saya ialah ceramah yang disampaikan oleh En. Aziz – memang kelakar tetapi dalam maksudnya ceramahnya , penuh pengertian.
Antara cerita-cerita dalam ceramahnya adalah kisah Tiga Abdul lakonan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan rakan2nya. Teringat nostalgia lama pulak..masa2 muda dulu ye tak tokcik2. Lupe ke? OKlah Pak Cik cerita balik lah (slang Arab ala S. Shamsuddin), Alkisah tersebutlah cerita di Negeri Isketambola ada tiga bersaudara iaitu Abdul Wahab, Abdul Wahib dan Abdul Wahub. Nak dijadikan cerita ayahanda diaorang ni , Ismet Ulam Raja telah meninggal dunia dan meninggal harta2 yang banyak jugala. Abdul Wahab dan Abdul Wahib yang tamak dan sadis tu telah membolot semua harta peninggalan Ismet dengan mengguna sistem demokrasi ciptaan mereka sendiri. Manakala, Abdul Wahub yang benci dengan sikap tamak abangnya, memutuskan persaudaraan dengan mereka. Jeng..jeng..jeng selepas itu anda sambunglah sendiri, malas Pak Cik nak cerita habehkan boreh jo… Ok , Apa yang saya nak cerita di sini salah satu scène kecil daripada filem itu iaitu sewaktu Abdul Wahub menebus kembali abang-abangnya yang menjadi tukang picit kepada seorang saudagar, Tuan Hussien Lampoyang,(saudagar unta leher panjang )setelah dilelong sebelum ini. OK Director, Take one, two, Action!
AW: Tuan Hussein Lempoyang, jikalau ana ingin membeli tuan picit tuan
bagaimana?
HL : Boleh , kalau kena harganya.
AW: Berapa tuan beli?
HL: Ana membeli dengan harga 2000 pound.
AW: Jikalau saya membayar 2 kali ganda 4000 pound, tuan setuju atau tidak?
HL: 4000 pound? WOW!, Ana setuju,WOW!
HL: Hehe. Dunia..dunia, berniaga manusia lebih bagus daripada berniaga unta. Hehe .
WOW!
OK. Cut..
Ya. Impressi melampau pertama “WOW” yang disebut oleh Hussein Lampoyang inilah adalah elemen yang kita perlu cari dalam menghasilkan, memasarkan atau menjual sesuatu produk atau perkhidmatan. Buat produk/servis bagi hebat atau strategi pemasaran yang kita gunakan betul2 lain daripada yang lain sehingga seseorang prospek/ pelanggan teruja dengan apa yang kita tawarkan dan seterusnya membeli dan membuat ulangan pembelian.
“Berniaga manusia lebih bagus daripada berniaga unta”…..samalah seperti kalaulah aku tahu produk ini lebih bagus… tentulah aku beli awal-awal lagi.
Mmm mungkin sekarang perkataan WOW tidak lagi popular seperti zaman dahulu dan telah digantikan dengan ”FUYOOH” tetapi kedua2nya adalah sama maksudnya.
Laman blog saya mungkin belum mencapai standard itu pada masa sekarang, tetapi apa kata anda memberi semangat kepada saya untuk saya melakukan yang terbaik selepas ini. Katakan FUYOOH kepada laman blog ini yer dan juga kepada blog2 anda sendiri walaupun saya tidak dapat menawar hadiah sekalipun anda menyebut perkataan itu sepanjang 24 jam sekalipun.
OK, One, Two… FUYOH, sekali lagi FUYOHHHH, sekali lagi FUYOOOOOOOOOOOOOOOOOH. (Hehe, melampaulah tu.)
Hutang2, Camner Nak Kutip Hutang Yer- Along Part 1 April 8, 2007
Posted by zahiramli in Pengurusan Perniagaan.2 comments
Hari ni kita off-topic jap.
Dalam perniagaan ,kita mungkin tidak dapat lari daripada membuat hutang dan memberi hutang. Memang kalau boleh kita semua nak buat urusniaga dalam “cash & carry”. Senang cerita. Tapi dalam perniagaan tertentu, kita kena gak bagi hutang, kalau tak-tak jalanlah bisness kita-lebih2 lagi persaing kita bagi kredit.
Perit memang perit bila orang yang kita beri hutang tu liat nak bayar hutang. Cash Flow syarikat kita akan menjadi tenat- nak bayar gaji pekerja la, bil tu bil ni..pening..pening lebih-lebih bila pekerja kita memberontak bayar gaji lewat. Takkan kita nak guna cara Along kut..ugut-mengugut, guna kaki pukul la,atau guna gangster ala mafia atau yakuza. Alamatnya kalau nasib tak baik, kita pun masuk balai.
Kutip hutang ni sebenarnya merupakan satu skill sebenarnya dan saya memang tak cukup skill ni lagi. Saya ni agak pemalu, communication skill pun agak kurang. Heheh. Kutip hutang terutamanya syarikat berdasarkan perkhidmatan agak sukar kerana setelah perkhidmatan diberikan, barulah bayaran di bayar. Jarang ada deposit atau ”progress payment”. Ada yang mengambil masa bertahun2 untuk membayar hutang. Oleh itu, ada syarikat menwujudkan ”credit management department” mereka sendiri untuk mengawal hutang2 ini.
Salah satu cara mengawal dan mengutip hutang2 ni dengan mengelaskan penghutang2 anda kepada beberapa kategori tertentu seperti di bawah. Contoh ni anda boleh amend ikut judgement anda sendiri. Contoh ni bagi servis perkhidmatan.
Contoh seperti dalam document ini (nak paste tak jadi, so download jer) :Kategori Penghutang
Selain itu anda juga boleh mempertimbangkan untuk melantik agen untuk mengutip hutang anda atau melantik peguam untuk menyaman atau membuat tuntutan anda. Mengenai kos perkhidmatan tu saya kurang pasti.
Ok jap yer ..mak saya panggil..
Memahami Perakaunan Part 2- Kegunaan dan Kepentingan April 6, 2007
Posted by zahiramli in Perakaunan.8 comments
Apa gunanya maklumat perakaunan ini sebenarnya bergantung kepada individu atau organisasi yang menggunakan maklumat tersebut. Pengguna-penguna yang selalu menggunakan maklumat perakaunan adalah seperti berikut:
1. Anda sendiri sebagai Pemilik Perniagaan
Contohnya peniaga menggunakan maklumat ini untuk mengetahui samaada perniagaan untung atau rugi, untuk mengenalpasti sumber-sumber kewangan dan perbelanjaan yang dilakukan dalam perniagaannya. Jadi senanglah peniaga membuat perancangan perniagaannya seperti melakukan budget, costing , perancangan cukai, mengembangkan perniagaan atau mengecilkan perniagaan.
2. Prospek Pembeli
Katakan satu hari nanti, anda dah boring ”berbisness” atau perlukan wang, mungkin anda bercadang menjual perniagaan anda. Prospek pembeli tentunya inginkan maklumat mengenai perniagaan , takkan nak main bantai beli jer. Lainlah Prospek tu betul-bendul atau memang saja nak buang duit. Prospek Pembeli mungkin akan melakukan Siasatan Wajar (Due Diligent) terhadap syarikat anda dan maklumat penting sekali ialah maklumat perakaunan dan kewangan.
3. Bank
Ha.. ini selalu ni… Pasal nak buat loan la ni. Mungkin anda hendak mengembangkan peniagaan atau perlu tambahan ”working capital” untuk menjalankan bisness, anda memerlukan pinjaman dan Bank adalah sumber yang utama selain daripada Abang Along. Tetapi Bank tentunya agak rigid peraturannya, Bank tentunya takkan buta-buta bagi duit dia kepada sesebuahnya syarikat dan seterusnya menjadi ”Non Performance Loan” atau hutang tak bebayar. Maklumat yang diperlukan tentu salah satunya adalah maklumat perakaunan syarikat tersebut untuk memastikan prestasi kewangan syarikat betul2 berkempuan untuk membayar balik pinjaman. Payah betul yer.. kalau anda tak takut mati dan tak takut kena belasah pinjamlah kat Along. So, maintain akaun anda.
4. Jururunding Cukai
Ya la, nak buat taksiran cukai syarikat anda, Jururunding Cukai tentu perlukan penyata kewangan. Kalau anda tak simpan maklumat kewangan, camner nak kira tax. Kesannya anda tak boleh menghantar borang taksiran tax anda ke LHDN. LHDN mungkin akan mendakwa anda. Anda mungkin didenda, dipenjara atau kedua-duanya sekali.
5. Prospek Rakan Kongsi
Mmm.. untuk membesarkan perniagaan dan anda pun tak cukup sumber kewangan dan tenaga, mungkin anda berfikir untuk mencari rakan kongsi. Rakan tentunya berani masuk atau menambahkan modal sekiranya syarikat anda betul-betul berpotensi. Takkan dia nak serah diri dan menangung risiko syarikat anda cam tu jer tanpa mengkaji prestasi-prestasi kewangan anda sebelum ini walaupun sebelum ini anda meracun fikirannya dengan ”ayat-ayat power” supaya menjadi rakan seperjuangan.
6. Pelabur
Kemungkinan bisness anda berkembang dan terus berkembang sehingga anda boleh mengapungkan Saham anda di Bursa Malaysia. Pelabur tentunya memerlukan maklumat-maklumat perakaunan untuk membuat analisis kewangan syarikat anda. Anda tentunya gembira, impian anda telah tercapai dan kemungkinan besar anda akan menjadi Millionaires atau Billionaires. Tahniah.. Tahniah …saya ucapkan tetapi adakah impian anda akan menjadi kenyataaan kalau anda tidak mengemas kinikan perakaunan syarikat anda dengan baik dari sekarang. Kuang Kuang Kuang
Bersambung lagi..