jump to navigation

Kisah Tiga Abdul dan Faktor “Wow” April 12, 2007

Posted by zahiramli in Pengurusan Perniagaan.
trackback

tiga dan wow

Baru-baru ini saya dan beberapa rakan seperjuangan telah menghadiri kursus keusahawanan anjuran Prosper PUNB di bawah skim siswazah. Di sini kami diberi peluang oleh PUNB untuk memulakan perniagaan sendiri dengan PUNB memberi bantuan daripada sumber kewangan. Sejajar dengan saranan kerajaan untuk mewujudkan lebih ramai peniaga bumiputera, PUNB telah menjadi pemangkin kepada bakal usahawan yang bercita-cita menjadi usahawan tetapi kekurangan “pulus”. Konsep perniagaan yang disarankan oleh PUNB adalah konsep perniagaan peruncitan. Sesiapa yang berminat menjadi usahawan peruncitan boleh lawat web PUNB.

punb

Kursus itu memang menarik sehingga mecambahkan motivasi saya untuk bergelar seorang usahawan. Dan antara yang menarik perhatian saya ialah ceramah yang disampaikan oleh En. Aziz – memang kelakar tetapi dalam maksudnya ceramahnya , penuh pengertian.

 

Antara cerita-cerita dalam ceramahnya adalah kisah Tiga Abdul lakonan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan rakan2nya. Teringat nostalgia lama pulak..masa2 muda dulu ye tak tokcik2. Lupe ke? OKlah Pak Cik cerita balik lah (slang Arab ala S. Shamsuddin), Alkisah tersebutlah cerita di Negeri Isketambola ada tiga bersaudara iaitu Abdul Wahab, Abdul Wahib dan Abdul Wahub. Nak dijadikan cerita ayahanda diaorang ni , Ismet Ulam Raja telah meninggal dunia dan meninggal harta2 yang banyak jugala. Abdul Wahab dan Abdul Wahib yang tamak dan sadis tu telah membolot semua harta peninggalan Ismet dengan mengguna sistem demokrasi ciptaan mereka sendiri. Manakala, Abdul Wahub yang benci dengan sikap tamak abangnya, memutuskan persaudaraan dengan mereka. Jeng..jeng..jeng selepas itu anda sambunglah sendiri, malas Pak Cik nak cerita habehkan boreh jo… Ok , Apa yang saya nak cerita di sini salah satu scène kecil daripada filem itu iaitu sewaktu Abdul Wahub menebus kembali abang-abangnya yang menjadi tukang picit kepada seorang saudagar, Tuan Hussien Lampoyang,(saudagar unta leher panjang )setelah dilelong sebelum ini. OK Director, Take one, two, Action!

AW: Tuan Hussein Lempoyang, jikalau ana ingin membeli tuan picit tuan
bagaimana?
HL : Boleh , kalau kena harganya.
AW: Berapa tuan beli?
HL: Ana membeli dengan harga 2000 pound.
AW: Jikalau saya membayar 2 kali ganda 4000 pound, tuan setuju atau tidak?
HL: 4000 pound? WOW!, Ana setuju,WOW!

HL: Hehe. Dunia..dunia, berniaga manusia lebih bagus daripada berniaga unta. Hehe .

WOW!

OK. Cut..

Ya. Impressi melampau pertama “WOW” yang disebut oleh Hussein Lampoyang inilah adalah elemen yang kita perlu cari dalam menghasilkan, memasarkan atau menjual sesuatu produk atau perkhidmatan. Buat produk/servis bagi hebat atau strategi pemasaran yang kita gunakan betul2 lain daripada yang lain sehingga seseorang prospek/ pelanggan teruja dengan apa yang kita tawarkan dan seterusnya membeli dan membuat ulangan pembelian.

“Berniaga manusia lebih bagus daripada berniaga unta”…..samalah seperti kalaulah aku tahu produk ini lebih bagus… tentulah aku beli awal-awal lagi.

Mmm mungkin sekarang perkataan WOW tidak lagi popular seperti zaman dahulu dan telah digantikan dengan ”FUYOOH” tetapi kedua2nya adalah sama maksudnya.

Laman blog saya mungkin belum mencapai standard itu pada masa sekarang, tetapi apa kata anda memberi semangat kepada saya untuk saya melakukan yang terbaik selepas ini. Katakan FUYOOH kepada laman blog ini yer dan juga kepada blog2 anda sendiri walaupun saya tidak dapat menawar hadiah sekalipun anda menyebut perkataan itu sepanjang 24 jam sekalipun.

OK, One, Two… FUYOH, sekali lagi FUYOHHHH, sekali lagi FUYOOOOOOOOOOOOOOOOOH. (Hehe, melampaulah tu.)

 

Advertisements

Comments»

1. ktom - April 13, 2007

FUYOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOHHHHHHHHHH

2. zahiramli - April 13, 2007

Wow. Boleh menang hadiah kalau kat hot fm ni

3. impax - April 14, 2007

fuyooHH!!

Ooo.. nak kene hasilkan impression wow ye…
dah dapat satu tips 🙂

4. amokdemanis - April 16, 2007

bole x gi kos tu tapi tanak buat peruncitan mcm saranan PUNB?

5. zahiramli - April 16, 2007

impax melor-welcome & fuyohhhhhhhhhhhhhh

amok- tak boleh la sebab dah tanya dah, sebab dulu mula2 saya bagi cadangan nak buat ternakan ikan keli tapi depa tak bagi.
Hanya peruncitan, professional,perundingan, francais boleh la.
Skim siswazah limit RM50K saja. Kalau prosper biasa boleh sampai lebih RM1juta. Kalau ada perniagaan sebelum ni lagi bagus.

6. dikmal - April 17, 2007

assalamualaikum..

fuyooohhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!~

leh menang hot.fm tak..hikhik..

WOW factor…bagus tu..kena salin ni…

7. alongovtx - April 19, 2007

saya suka cakap ulliirrr…sama gak ngan wow & fuyyoo tu.

8. zahiramli - April 20, 2007

ulirrrr. cayalah..sukanya blog penggila awak


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: