jump to navigation

Merancang Cukai 2- Self Assessment April 13, 2007

Posted by zahiramli in Percukaian.
trackback

2566526092.jpg

Walau apa pun tanggapan anda mengenai “ Cukai” , sebagai peniaga anda harus mengambil tahu mengenainya dan jangan sekali2 mengabaikannya. Ianya seumpama anda cuba memboikot penggunaan diesel walaupun harga diesel dah naik berkali-kali, mahu tak mahu anda terpaksa menggunakannya untuk mengisi tank minyak kereta/motor anda , takkan nak jalan kaki kut? Samalah cukai ngan perniagaan, mau tak mau kenalah buat tafsiran cukai,- dah termaktub di dalam “undeng-undeng” ada..faham (mmm.. saya-no comment). Apa yang perlu anda lakukan sekarang cuba elakkan amaun cukai yang tidak perlu dan meminimumkan cukai syarikat anda.

OK. Hari ini saya menyentuh tentang “ Self Assessment” atau Taksiran Sendiri (Betul ke aku translate ni, wakaka ,hentamlah labu) . “Self Assessment” ini adalah satu sistem dari LHDN di mana pembayar cukai dikehendaki bertanggungjawab melakukan taksiran liabiliti cukai dan membayar cukai mereka sendiri.

Dengan wujudnya “Self Assessment” ini, pembayar cukai tentunya dapat menguruskan hal-ehwal cukainya sendiri. Dan untuk melakukan nya, diharapkan pembayar cukai/peniaga akan menyimpan rekod2nya dengan baik,mengisi borang cukai dengan betul, mengira cukai dan menyerahkan borang tersebut berserta dengan bayaran sekiranya ada. (Kan peniaga menjadi lebih berdisiplin-harap2lah). Kepada LHDN pula ianya satu bentuk memodenisasi dan menyusunsemula pentadbirannya yang akan menghasilkan sistem yang lebih effisien dan pengutipan cukai yang lebih pantas. Disamping itu, ianya dapat meningatkan tahap pematuhan cukai di kalangan pembayar cukai.

Bilakah “Self Assessment” ini bermula (Effective Date)? Ianya bergantung kepada Jenis Pembayar Cukai.

Jenis Pembayar Cukai

1. Syarikat- Tahun 2001
2. Pemilik Tunggal, Perkongsian, Koperasi- Tahun 2004
3. Individu Bergaji –Tahun 2004

Alamak saya tak dapat meneruskan post ini, ade keje jap …nanti yer

 

Advertisements

Comments»

1. aliman - April 27, 2007

Tuan Zahir,
Kalau dibuat artikel akhbar atau majalah untuk mingguan atau bulanan tentang percukaian bagus! Ayat yang mudah, orang yang tidak tahu tentang cukai pun boleh faham. Memang tuan gunakan bahasa rakyat! 😀

ZAMRI MOHAMAD

2. zahiramli - April 27, 2007

xyah betuan2 hehe..

Saya takut juga nak tulis bab cukai ni sebab saya belum expert lagi. Dalam kerja saya lebih ke arah pengauditan (External Auditor). Kalau yang basic2 tu bolehlah. Terima Kasih cadangan itu, tapi mutu bahasa perlu ditingkatkan xleh merapu2 lagi .

3. Zamri Mohamad - April 27, 2007

Penulisan tuan mudah dan senang diikuti. Bagus fokus dengan apa yang tuan minat tulis, tentang perniagaan dan akaun. Susun buat artikel majalah kemudian kalau sudah cecah 200 muka surat bukukan.

4. Zamri Mohamad - April 27, 2007

Ramai orang bijak pandai dan akademia tidak ambil peluang seperti saudara. Mereka bercerita dengan hebat, tapi jika maklumat tidak sampai pun tidak bergunakan. Alhamdulillah ada ahli akademia sedar hal ini. Jika saudara dapat melakukannya, ramai yang akan mendapat kemudahan khususnya orang yang bodoh akuan macam saya 🙂 Pahala tuan melimpah-limpah sebab mudahkan urusan orang ramai 😀

5. Zamri Mohamad - April 27, 2007

Kalau untuk majalah atau akhbar, panjangnya dalam satu A4 jarak single spacing sudah memadai. (Amboi bersemangatnya saya bercerita.) Boleh saya tahu, tuan menjadi external auditor untuk tujuan bisneskah?

6. zahiramli - April 28, 2007

Terima kasih saudara Zamri. Sebenarnya tujuan saya mengadakan blog ini adalah untuk menyimpan apa yang saya pelajari sewaktu bekerja di firma perakaunan memandangkan saya mungkin beralih angin selepas ini. Kemungkinan besar saya akan menjadi usahawan peruncitan atau management accountant yang lebih ke arah costing. Saya juga ingin berkongsi ilmu dengan orang lain dan menulis juga
melepas tekanan saya sebenarnya. hehe.. minta maaflah kalau saya menggunakan bahasa agak merapu dan tidak professional sewaktu menulis.

Memang tak banyak professional yang menulis mengenai cukai terutamanya di dalam bahasa Melayu. Saya tahu kebanyakan mereka agak sibuk sewaktu bekerja dan selalu mengejar dateline. Saya menulis pun selepas menghantar surat resign hehe. IsyaAllah saya mempunyai banyak masa untuk menulis selepas bulan Mei ni. Sebenarnya ada juga yang menulis tetapi kebanyakan dalam bahasa Inggeris.

Saya dah lari dari tujuan sebenarnya, mula2 memang nak tulis pasal perakaunan saja tetapi entahlah rasa nak tulis macam2 benda kat sini. Hehe. Tentang idea penulisan saya akan cuba buat lakukan sedikit2. Mungkin saya akan menjadi lebih berfokus selepas ni. Terima kasih atas sokongan dan tunjuk ajar.

Saya kerja external auditor dengan orang jer dan saya rasa saya agak tak berminat untuk menjadi external auditor sebagai kerjaya seumur hidup saya.

7. ZAMRI MOHAMAD - April 28, 2007

Tindakan tuan sama seperti syarikat luar negara. Kebanyakkan majikan mewajubkan di AS mewajibkan pekerja menulis blog tentang apa sahaja berkaitan diri dan syarikat yang mereka lalui. Kemudia mereka bukukan seperti Oracle Edge dan lain lain. Saya pun sedang melakukan benda yang sama. Dalam proses menyiapkan buku Rahsia Bisnes Mamak http://www.bisnesmamak.wordpress.com

8. zahiramli - April 28, 2007

Ye ke ? hehe.. saya suka bisnessmamak yang saudara tulis. Kalau dibukukan mesti saya beli ni


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: