jump to navigation

Merancang Cukai 3- SA-CP204 dan CP204A April 14, 2007

Posted by zahiramli in Percukaian.
trackback

2566526092.jpg

Ok kita sambung topik semalam tentang “Self Assessment” (SA) , namun di sini saya hanya ingin menyentuh tentang taksiran cukai bagi Syarikat.

“Self Assessment” menghendaki di mana setiap syarikat perlu menafsirkan anggaran cukai yang kena dibayar pada tahun kewangan akan datang dan membuat bayaran bulanan (monthly installment) pada tahun tersebut berdasar jumlah yang dianggarkan. Tanggungjawab ini juga termasuk bagi syarikat yang menganggarkan tidak layak dikenakan cukai. Eg. Katalah Tahun Kewangan syarikat anda adalah 1.1.2007 -31.12.2007 maka anda perlu menafsir jumlah liabiliti cukai pada tahun kewangan 1.1.2008 – 31.12.2008 dan membuat bayaran setiap bulan berdasar amaun purata jumlah cukai yang dianggarkan sekiranya dianggar ada , kalau kosong takyah bayar.

Di bawah Sistem Taksir Sendiri, setiap syarikat dikehendaki mengemukakan anggaran cukainya di dalam borang CP204 kepada LHDN, Borang ini perlu dikemukakan kepada LHDN tidak lewat daripada 30 hari sebelum bermulanya tempoh asas sesuatu tahun taksiran.

Bagaimanapun bagi syarikat yang baru memulakan perniagaan , anggaran taksiran cukai bagi tahun semasa boleh dilakukan dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh perniagaan dimulakan (commenced date).

Eg.

Tarikh perniagaan bermula : 01.07.2007

Tahun Kewangan; 01.07.2007 -30.6.2008

Tarikh Penghantaran CP204: Selewat-lewatnya pada 30.09.2007

Bagaimana menganggar cukai yang kena bayar?

Anggaran cukai bagi tahun hadapan mestilah tidak boleh kurang daripada jumlah anggaran cukai yang kena dibayar bagi tahun taksiran (TT) sebelum itu,

Eg.

TT 2006 Anggaran Cukai Kena Bayar RM12,000

TT 2007 Anggaran Cukai Kena Bayar ≥ RM12,000

Setelah menerima Borang CP204 yang lengkap yang dikemukakan oleh syarikat, LHDN akan mengeluarkan Notis Bayaran Ansuran (CP 205) dan anda perlu membayar instalmen bulanan cukai yang dianggarkan sekiranya ada.

Adakah anggaran cukai boleh dipinda?

Katakah jualan syarikat anda meningkat atau turun secara mendadak. Anda boleh mengubah anggaran taksiran cukai anda sebelum ini. Syarikat dibenarkan membuat pindaan kepada anggaran cukainya yang asal dengan mengisi borang CP204A dalam bulan ke enam dalam tempoh asas ada sesuatu tahun taksiran. Borang CP204A lebih kurang sama dengan CP204, cuma anda perlu menanda kotak ‘pindaan anggaran’. Berhubungan dengan itu , baki instalmen sebelum ini juga akan dipinda mengikut jumlah yang anggaran baru. LHDN akan mengeluarkan Notis Pindaan Bayaran Ansuran (CP206) bagi mengesahkan bayaran ansuran berdasarkan pindaan anggaran.

Kegagalan Menghantar Borang CP204?

Sekiranya syarikat gagal mengemukakan anggaran cukai pada tarikh yang ditetapkan, Ketua Pengarah LHDN (KPHDN) akan mengeluarkan arahan bayaran ansuran kepada syarikat. KPHDN juga boleh mengambil tindakan MAHKAMAH ke atas syarikat kerana gagal mengemukakan anggaran cukai.

Bilakah Pembayaran Perlu Dimulakan?

Amaun bagi setiap bayaran ansuran dikira dengan mambahagikan anggaran cukai kena dibayar dengan bilangan bulan yang terdapat dalam tempoh asas bagi sesuatu tahun taksiran. (Equally Monthly Installment)

Anggaran cukai hendaklah dibayar secara ansuran setiap bulan mulai bulan kedua dalam tempoh asas untuk sesuatu tahun taksiran dan selewatnya pada hari ke sepuluh dalam bulan berkaitan. Sekiranya hari ke sepuluh tersebut jatuh pada hari cuti mingguan atau hari kelepasan am, hari bekerja berikutnya bolehlah dianggap sebagai tarikh akhir yang ditetapkan.Jika bayaran ansuran tidak dibayar sepenuhnya pada tarikh yang ditetapkan, cukai akan dinaikkan sebanyak 10 peratus atas amaun baki yang tidak dibayar pada tarikh ditetapkan (penaltilah tu wakaka).

Apa yang akan berlaku sekiranya cukai yang kena dibayar melebihi anggaran atau pindaan anggaran?

Setelah akaun beraudit selesai dan anda membuat tafsiran cukai , katakanlah cukai kena bayar sebenar syarikat anda ditaksirkan melebihi jumlah anggaran cukai sebelum ini. Sekiranya terdapat perbezaan yang melebihi 30% di antara cukai yang kena dibayar dengan pindaan anggaran cukai atau anggaran cukai asal (sekiranya tiada pindaan anggaran, satu kenaikan cukai sebanyak 10% akan dikenakan ke atas jumlah perbezaan yang melebihi 30% – Penalti lagi kalau tak score tak tahulah

Contoh:

Cukai yang kena dibayar RM 20,000
Jumlah Anggaran Cukai RM 12,000
Perbezaan RM 8,000

30% daripada cukai
(30% @ RM20,000) RM 6,000
Perbezaan RM 2,000

Penalti (10% x RM2,000) = RM200

Penalti di sini bukanlah seperti mendapatkan penalti dalam pelawanan bola sepak, di sini anda perlu mengeluarkan lebih banyak wang anda dan syarikat anda kepada LHDN. Tetapi tak apelah kalau niat anda untuk menderma, duit cukai ni banyak gak tolong orang dan memajukan Negara ,ye tak? Apa yang pasti inilah tambahan cukai2 yang perlu kita elakkan dalam perancangan cukai syarikat kita. Bayangkan kalau jumlah tu makan juta2, nak mampus? Wakaka
Untuk keterangan lanjut, hubungilah penafsir cukai berlesen anda atau kunjungi laman web LHDN. Saya sebenarnya belum expert dalam bab cukai ni tapi bolehlah sikit-sikit.

 

Advertisements

Comments»

1. radzi - October 17, 2008

Good info. thanks for info

2. attahun - December 26, 2008

geng, bleh check income tax calculator kat blog saya kalu nak try kira.. selamat mencuba..

3. fahmi - November 30, 2009

“Kegagalan Menghantar Borang CP204?

Sekiranya syarikat gagal mengemukakan anggaran cukai pada tarikh yang ditetapkan, Ketua Pengarah LHDN (KPHDN) akan mengeluarkan arahan bayaran ansuran kepada syarikat. KPHDN juga boleh mengambil tindakan MAHKAMAH ke atas syarikat kerana gagal mengemukakan anggaran cukai.”

Salam… nak tanya. Kalau lambat hantar, adakah akan kena denda atau ikut budibicara KPHDN? Kalau denda berapa jumlah (quantum) yang akan dikenakan?

Terima kasih


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: