jump to navigation

“Complacent” Adalah Pembunuh April 25, 2007

Posted by zahiramli in Sejarah & Perniagaan.
trackback

Salah satu sifat mazmumah yang boleh menjahanamkan diri dan perniagaan adalah sifat “complacent” ataupun dalam bahasa Melayu rojaknya perasaan puas hati/selesa tahap kemuncak atau syok sendiri yang gila babas (wahaha sorry ye saya lupa membawa kamus bersama-sama sewaktu menulis post ini). Kawan-kawan yang tahu minta tolong translate untuk saya apakah maksud “complacent” dalam BM yang setepatnya.

Sesungguhnya terdapat perbezaan di antara bersyukur dan “complacent” ini. Bersyukur adalah condong ke arah rasa berterima kasih serta wujud tawaduk dan kemudiaannya tidak melakukan sesuatu yang luar batasan/haram. Tetapi bersyukur menyatakan kesanggupan kita untuk terus berusaha untuk menjadi lebih baik. Sebaliknya “complacent” terus menutup peluang dan pintu-pintu untuk dirinya atau syarikatnya terus lebih maju ke hadapan kerana mungkin merasa sudah berada dalam keadaan sempurna benar.

“Mmmm..cukupla setakat tu…lebih-lebih buat apa, Aku dah power. Aku dah otai tahap dewa korang tahu! Sape pun tak boleh challenge aku” katanya.

Sedar-sedar tak sedar sikap itu boleh membunuh dirinya dan 7 generasi keturunannya selepas itu. Apa yang ditakuti adalah sikap ini boleh menimbulkan perasaan buruk yang lain seperti ujub, riak,takabur dan malas nak mampus(baloq liat kata orang utara).

Sejarah membuktikan banyak syarikat-syarikat yang sesuatu ketika dahulu begitu hebat , akhirnya hampir-hampir tenggelam disebabkan sikap sebegini.

        ibmapplems

IBM contohnya satu ketika dahulu merupakan syarikat gergasi komputer yang terbesar di mana ketika itu mereka menguasai hampir 60% pasaran komputer dan mewakili 75% keuntungan daripada industri ini.. Oleh kerana begitu selesa atau mungkin sudah merasa besar diri mereka mengabaikan tanngungjawab kepada pelanggan mereka. Jika anda membeli komputer IBM ketika itu, anda juga perlu membeli perisian daripada mereka juga kerana mereka tidak mahu berintegrasi dengan syarikat komputer lain. Selain itu mereka tidak menjalankan R&D yang berkesan atau menkaji kehendak pasaran sebaik mungkin kerana merasa produk mereka adalah begitu bagus dan tiada tandingan. Tindakan IBM ini seolah-olah mengarah pelanggan tentang apa yang mereka patut dan tak patut membeli dan nyata mereka lebih mengutamakan kehendak mereka sendiri daripada kehendak pelanggan. Mereka ingin memonopoli dan menutup peluang persaing-persaing tetapi sebenarnya mereka lupa bahawa mereka telah meninggalkan satu lubang besar untuk pesaing-pesaing mereka mengambil kesempatan iaitu Perkhidmatan Pelanggan. Ya, penguasan mereka tidaklah lama kerana selepas itu dua newbie dari industri ini telah mengambil kesempatan daripada kelemahan IBM ini tentunya dua orang anak muda- Bill Gate daripada Microsoft dan Steve Jobs daripada Apple Computer yang telah berjaya mencipta software dan komputer pribadi yang lebih mesra pelanggan dan selepas itu nama IBM yang begitu gah itu hampir-hampir terkikis.

           mas2aa2

Senario ini sebenarnya berlaku di dalam negara kita juga. Malaysia Airline (MAS) contohnya yang satu ketika merupakan syarikat monopoli penerbangan di tanah air. Mereka begitu selesa dan tambahan pula mendapat bantuan kerajaan dari segi kewangan mahupun kemudahaan infrastruktur. Kalau ada masalah kewangan sedikit tentu ada saja topup daripada kerajaan. Sayang, kesempatan ini tidak digunakan untuk menjanakan keuntungan sebanyak yang mungkin dan menutup-menutup ruang-ruang persaingan sebaik mungkin. Sebaliknya budak baru dari Air Asia telah mengambil kesempatan atas kelemahan ini. Dengan strategi canggih-manggih Air Asia, mereka menjadi begitu hebat dan nama MAS hampir-hampir tenggelam sehinggakan apabila kalau dirujuk tentang Kapal Terbang di terbang di Malaysia tentu orang akan teringatkan Air Asia dahulu sebelum MAS.

Tetapi apa yang paling saya takuti ialah sifat “Complacent” ini melanda bangsa saya sendiri di negara tercinta. Lihatlah remaja kita lebih suka menjadi hero dan heroin dalam masalah sosial daripada menjadi wira di sekolah atau universiti. Lihatlah orang-orang dewasa kita yang suka bersembang kosong dan berdebat yang entah apa-apa daripada memajukan diri, agamanya dan bangsanya.Adakah kerana kita merasa terlalu selesa kerana selalu mendapat subsidi ataupun kerana bangsa kita adalah pemerintah negara ini?

Sebenarnya tak salah kita mendapat semua kemudahan-kemudahan ini dan harap2 ia berkekalan. Tetapi inilah masanya kita menggunakan kelebihan-kelebihan yang kita ada sebaik-baiknya untuk kemajuan umat dan bangsa kita segah-gahnya kerana kemudahan2 ini tak terjamin kekal selamanya.

Teringat saya 2 hadis Rasullulah yang popular dalam menangani sifat “Complacent” ini:

Hadis 1

Ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara

Senang sebelum susah
Sihat sebelum sakit
Kaya sebelum miskin
Muda sebelum Tua
Hidup sebelum Mati

Hadis 2

Barangsiapa yang amalannya hari ini lebih baik dari semalam,

dialah orang yang beruntung.

Barangsiapa yang amalannya hari ini sama dengan yang semalam,

dia adalah orang yang rugi.

Dan barangsiapa yang amalannya hari ini lebih buruk dari hari semalam,

dia tergolong orang yang dilaknat Allah s.w.t.

Advertisements

Comments»

1. alongovtx - May 1, 2007

Kegilaan tak menjadi-jadi dengan twisties la tu…hehehe…gurau je.

2. zahiramli - May 2, 2007

waaa lama x pekena twisties

3. impax - May 4, 2007

makin lawak bro zahir sekarang 🙂

kita tak blh duduk zon selesa lama2.itu cuma zon phentian utk merehatkan badan, kita mesti terus berjalan.

4. zahiramli - May 6, 2007

Hehe ye ke. Bleh ganti apek lepas ni

x masa nak tulis topik baru.

5. Azwan - May 17, 2007

Sibuk nampak… lama tak update blog… kerja kat mana skarang? Dulu slalu nampak kat blog sakrang jarang2 :).. ok take care

6. shueqry - May 19, 2007

asmkm Zahir, pekaba? Shueqry here..

wow! Good post!!

kagum saya ngan penulisan Zahiramli, right from the heart dan agak detail..betul juga apa yang diutarakan kail ini, jangan cepat puas hati dengan pencapaian yang sedia ada dan strive hard to serve people better, faster and cheaper..

saya juga pernah mengalami keadaan ni dulu, bila saya merasa saya berenang lebih baik dari orang lain dan lebih laju dari orang lain si sekeliling saya, tunjuk eksen, bila pertandingan rupanya ada lagi yang lebih laju dan lebih pantas renangannya dari saya.. hmm..

moral di sini, sentiasalah lihat ke atas dan lihat ke bawah,maksudnya, lihat pencapaian orang lain yang lebih tinggi daripada kita dan “copy” stail kejayaan mereka, kemudian lihat pencapaian orang lain yang dibawah tahap pencapaian kita, bantu mereka, beri mereka ilmu dan bawa mereka bersama-sama mengejar kecemerlangan agar setanding denga orang yang diatas pencapaian kita tadi..jangan mudah berpuas hati dengan pencapaian sedia ada..

I admit that Zahir is a good,motivative, inspirative writer,wow!

Keep up the highly-motivated writings! Tak sabar nak baca post seterusnya.. Thanks, post kali ini memberi inspirasi buat saya..

one of-a-kind,
shueqry
blog minda, motivasi dan pembangunan diri
http://shueqry.blogspot.com

7. zahiramli - May 22, 2007

Dr. Azwan: terima kasih kerana menegur..mmmm saya keje kat tempat baru sekarang tapi kat Kedah juga.

Shueqry: Terima kasih. saya terharu awak meninggal komen yang begitu panjang di blog saya dan rakan2 blogger yang lain. Saya akan cuba menulis semula.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: