jump to navigation

Jihad Ekonomi Melayu Islam May 22, 2007

Posted by zahiramli in Sejarah & Perniagaan.
trackback

  ali      JC       INTIFADA

Maafkan saya kerana bercuti begitu panjang dalam penulisan blog. Terima Kasih Dr. Azwan dan Saudara Shuqery yang prihatin dan menegur hamba Allah yang lalai ini.  Saya agak sibuk kebelakangan ini dan tambahan pula saya bekerja di tempat baru dan agak berlainan dengan kerja lama saya,banyak benda baru kena explore. Alhamdulillah saya tersedar dan kembali menulis.

Topik yang di utarakan adalah bersempena tajuk sebuah buku “Pengisian Agenda Ekonomi Di Bawah Konsep Islam Hadhari: Menjadikan Bisnes Satu Cabang Jihad” yang saya baca ketika menghadiri Seminar Halal Food Standard Realisation (Hafstar) anjuran Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) dan Kerajaan Negeri Kedah pada tahun lepas. Ketika itu syarikat lama saya menjadi penyelia bagi seminar tersebut. Antara speaker yang menghadiri adalah  Tan Sri Muhammad Ali Hashim sendiri iaitu penulis buku tersebut. Seperti  yang  kita tahu ,Tan Sri Muhammad Ali Hashim memang terkenal dan begitu berjaya dalam bidang keusahawanan , beliau adalah Ketua Eksekutif Johor Corporation, Pengerusi Syarikat Kulim (M) Bhd, QSR Brands Bhd, KFC Holdings Bhd, KJPK Healthcare Bhd dan Sindora Bhd. Selain daripada buku ini , antara buku yang ditulis beliau ialah Membujur Lalu dan Bisnes Satu Cabang Jihad, anda boleh dapatkannya di kedai buku.

Sebahagian kandungan buku tersebut yang menarik perhatian saya ialah statistik Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke 8, 2001-2005 yang menunjukkan keciciran dan ketidakseimbangan ekonomi kaum Melayu di Malaysia. Memetik kandungan buku tersebut -kedudukan meruncing bangsa Melayu dilihat dalam semua aspek kehidupan ekonomi. Antaranya:

1. Nisbah Kekangan Pendapatan pendapatan atau Income Disparity Ratio antara Melayu/Bumiputera  dengan Kaum Cina semakin renggang iaitu dari 1:1:74 pada 1999 kepada 1:1:80 pada tahun 2002- satu trend yang berbahaya andainya tidak dikawal atau diperbaiki.

2. Lebih membimbangkan, Pendapatan Purata Isirumah, iaitu sumber utama keupayaan merapatkan jurang masa depan bertumbuh pada kadar lebih rendah bagi Melayu/Bumiputera berbanding kadar nasional dan kadar yang dicapai oleh Kaum Cina. Kadar Nasional bertumbuh pada dari RM 2,472 pada 1999 kepada RM 3,011 pada  2002 iaitu pertumbuhan 6.8%, dan kaum Cina bertambah 7.4%  kepada RM4,279 pada 2002, sedangkan purata untuk Melayu/Bumiputera Cuma pada kadar 6.2% sahaja,meningkat kepada RM2,376.

3. Melayu/Bumiputera juga dilaporkan cuma memiliki 8.2% daripada jumlah bangunan, komplek bisnes,premis industri dan Hotel berbanding 55.8% milik kaum Cina  dan 36 peratus milik semua kaum lain (termasuk 2.9% milik India)

4. Kedudukan kepentingan bisnes yang diukur menerusi nilai modal syarikat tersenarai tersenarai Malaysia di BSKL menunjukkan trend serupa. Melayu yang merupakan 60% penduduk Malaysia cuma menguasai 18.7% saham syarikat tersenarai pada tahun 2002,satu kemorosotan berbanding dengan 18.9% pada tahun 2000, sedangkan kaum Cina telah meningkat daripada 38.9% kepada 40.9%. Kedudukan kepentingan semakin merosot apabila diperhatikan bahawa pertumbuhan hakmilik Melayu/Bumiputera telah cuma meningkat pada kadar 7.8% setahun berbanding 11.2% bagi kaum cina dan purata 8.4% bagi semua kaum.

Tu Dia!!! Adakah kita berwaspada tentang isu ini atau menganggapnya biasa2 saja? 

Apakah akan jadi kepada generasi kita 20 tahun kalau keadaan ini terus berterusan?

Patutkah kita menyalahkan kaum lain kerana mereka lebih berjaya disebabkan mereka lebih bijak dan gigih daripada kaum kita?

Mungkin sekarang kuasa politik boleh digunakan untuk mengimbangi kedudukan ekonomi tetapi adakah kuasa itu akan terus berterusan?

Adakah kita mahu menjadikan generasi kita akan datang seperti  “Palestin” di tanah air sendiri?

Kita mungkin bercakap tentang jihad yang besar2 tetapi sedar-sedar tak sedar hak milik umat Islam di Negara kita sendiri makin terkikis sedikit demi sedikit, hari demi hari.

Ya inilah masa untuk berhijrah dan berjihad untuk mengembangkan ekonomi kaum kita. Inilah masa untuk melakukan perubahan demi masa depan Islam, Melayu dan generasi kita seterusnya di tanah air sendiri walaupun agak sedikit terlewat.

Mungkin tak ramai yang  berani mengambil risiko untuk berhenti kerja dan terus mulakan perniagaan termasuk saya sendiri. Tetapi apa yang pasti ramai usahawan yang berjaya dengan memulakan secara kecil-kecilan dan part-time dahulu sebelum menjadi perniagaan yang besar.
Ada juga tak minat berniaga , itu pun tidak mengapa asalkan kita jangan menjadi perosak peniagaan orang Islam/Melayu. Terus-menerus berilah sokongan anda kepada peniaga kita yang ada sekarang kerana mereka berani mengambil risiko membuka perniagaan. Sebenarnya siapapun  status kita, kita boleh sama2 menjadi faktor penyumbang kepada kemajuan ekonomi umat kita, contohnya:

Seorang kontraktor Islam besar boleh memberi peluang projek kecil bagi sub kontraktor Melayu/Islam nya.

Seorang developer Melayu boleh membantu dengan membina rumah dan bangunan yang mampu dibeli oleh kaumnya supaya hakmilik orang kita bertambah.

Seorang Akauntan boleh memberi nasihat perakaunan  kepada peniaga2 Melayu supaya akaun mereka lebih bersistematik dan efektif.

Seorang Lawyer, boleh memberikan nasihat perundangan kepada peniaga2 Melayu yang masih kurang kesedaran undang2 yang boleh meruntuhkan perniagaannya,

Seorang Motivator, boleh memberi ceramah motivasi untuk menaikkan semangat peniaga dan bakal peniaga.

Seorang penulis boleh menulis buku2 yang berkualiti untuk menjadi rujukan berguna kepada peniaga dan bakal peniaga.

Seorang pekerja, boleh membantu majikan Islamnya dengan menjadi pekerja terbaik untuk  memajukan perniagaan Majikannya seperti dia boleh bekerja dengan baik bila  bekerja dibawah majikan bukan Islam.

Seorang guru boleh menyemai semangat keusahawanan di kalangan murid-murid Melayu/Islamnya.

Seorang pengguna, kalau dahulu membeli barangan daripada kedai dan buatan orang bukan Islam, apa kata kita tukar dengan membeli barangan dari kedai dan produk keluaran orang kita. Tunjukkan sokongan anda.

Seorang blogger, kalau ada ilmu dan info berguna, tu boleh tulislah di blog anda untuk dikongsi bersama, bolehlah dimanfaatkan oleh ramai orang.

AYUH, LANCARKAN JIHAD!!!!

 

Advertisements

Comments»

1. Azwan - June 12, 2007

Artikel power… boleh jadi sumber rujukan.. awak menyuntik semangat saya untuk lebih serius di dalam perniagaan.. terima kasih

2. azwanhadzree - June 16, 2007

Tapi kan …aku lihat kan … ramai orang melayu seakan-akan dengki bila melihat melayu berniaga. Aku, adalah antara penyokong perniagaan malayu, u can ask my bini on that (tapi u tak kenal dia kan .. ha.ha..ha..)

Anyway. kalau servis diberikan bagus, harga ditawarkan murah, apasalahnya kita menyokong bangsa sendiri. peniaga cina masih boleh hidup di kawasan melayu, kadang2 peniaga melayu nak bertapak di kawasan sendiri pun susah.

keuntungan pun kita rasa bersama. bila masjid/surau adakan majlis2 berkaitan, boleh dilihat peniaga2 ini lah yg byk sponsor. kan ?

3. zahiramli - June 26, 2007

Azwan 1: Hai ape kaba Dr.? Lama tak dengar kabar? Sorry ye Dr. saya sibuk betul2 bulan ni.

Azwan2: ya betul, ada sebahagian di kalangan bangsa kita yang tak seronok kalau bangsanya maju. Macam ketam , bila nak naik sikit dah kena tarik jatuh ke bawah.
Kalu orang kita sendiri tak support, sape la nak support kita.

4. roslan - January 24, 2009

Artikel tu memang hebat, tapi kalau bangsa kita sendiri yang membunuh bangsa sendiri, apa gunanya, contoh nya apa yang saya alami sekarang. Saya seorang kontraktor binaan, saya banyak membuat kerja-kerja renovation rumah, saya bermula dari bawah sehinggalah saya berjaya, satu hari saya mendapat satu projek buat rumah banglo di rawang, saya menjadi subkontraktor untuk satu syarikat hak milik orang `MELAYU’ dimana isterinya memakai `PURDAH’ tapi akhirnya saya di tipu, dimana sehingga ke hari ini saya tidak mendapat bayaran dengan kerja-kerja yang saya lakukan, sedangkang saya telah mengeluarkan banyak wang untuk projek ini. Inikah dikatakan hendak menolong Bangsa sendiri? saya tahu tak semua Orang melayu Penipu,Tapi apa yang saya lihat, Kebanyakkan `Orang Melayu’ lebih mementingkan diri sendiri, Daripada hendak membantu Bangsa sendiri, agama dan negara.

5. kyairul azhar - January 24, 2009

salam…..saya ada cara untuk org melayu muslim kita maju dlm bidang ekonomi,sila layari hmeonetwork.com. atau hubungi saya di 0163456097

6. En.Iwan - July 17, 2009

Salam..,

Saya bersetuju dengan ape yang En.Zahiramli katakan.Sudah masanya kita berjihad dalam bidang ekonomi.Jom kita kuasai ekonomi di Malaysia.Jangan sampai terjadi suatu hari nanti dimana tanah-tanah di malaysia dikuasai oleh cha & khaf.dimana pada masa tersebut kaum melayu hanya jadi penyewa atau menumpang di tanah air sendiri.

Di HMEO NETWORK (help muslim each other) kami sedang berjihad untuk ekonomi bangsa melayu.Konsep pertama didunia.Anda boleh ikut kami sama-sama berjihad.Kami bantu naikkan ekonomi ekonomi anda & semua orang melayu muslim di malaysia.

Adakah anda ingin kami bantu?

Matlamat kami adalah mewujudkan label islamik HMEO dari utara sampai selatan dimana pemilik perniagaan adalah kaum bumiputra muslim.Kami akan bantu anda menjadi usahawan muslim berjaya atau bebas dari masalah kewangan.Anda akan dapatkan tunai selama 6 tahun, digunakan untuk keperluan peribadi atau berniaga.Ahli yang berniaga akan gunakan label islamik HMEO pada perniagaan mereka maka secara langsung ahli lain akan berbelanja disana.Kami akan menembusi pelbagai bidang.

Anda nak join kami?

Untuk kawasan sekitar lembah klang,
Hubungi saya

En.Iwan 017-2986680

(iwan.hmeo@yahoo.com.my)


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: