jump to navigation

Kawalan Dalaman Part 1 Tarik nafas Panjang2 yer… April 5, 2007

Posted by zahiramli in Kawalan Dalaman.
add a comment

Hari ini saya membuka satu topik lagi…biarkan semuanya bersambung-sambung, kan hidup ini pun berkesinambungan. Kawalan Dalaman? Dah bertukar profession ke saya ni.. dah jadi jurulatih vokal ke atau cikgu pendidikan jasmani? Mmm apa yang saya nak beritahu ini bukanlah latih tubi kawalan pernafasan atau sesi kelas yoga. Bukan..bukan.. bukan, tidak sama sekali. Kawalan Dalaman atau “Internal Control” yang dimaksudkan di sini merujuk kepada langkah yang diambil oleh syarikat dengan tujuan menjadikan organisasi mereka lebih bersistematik, tersusun, selamat, efektif, efisien dan bla..bla..bla..Tujuan Kawalan Dalaman adalah seperti berikut:

1. Mengelakkan Pembaziran

Untuk menjaga sumber-sumber organisasi supaya tak membazir tak tentu pasal sehingga mengurangkan keuntungan syarikat anda. Contohnya pembaziran elektrik, caj telefon/prepaid, air, membazir ubat gigi dan macam-macam lagi. Kan membazir tu amalan Syaitan. So, kawal diri dari ikut syaitan.

2. Mengelakkan Penipuan

Kalau semua manusia ni jujur, baik hati dan dipercayai, tentulah dan aman dunia ini. Hang Tuah pun tak difitnah, Israel tak merampas Palestin dan Arthur Anderson pun tak bankrup. Untuk pengetahuan, ada syarikat memperuntukkan berjuta-juta RM untuk mengatasi ketidakjujuran ini. Bukan nak bersifat berperasangka buruk tetapi kan “mencegah itu lebih baik daripada mengubati”, ambil langkah sepatutnya, back-up sebaik mungkin. Jangan ada lubang-lubang dan peluang untuk penjenayah-penjenayah menipu anda dan syarikat anda.Mungkin penjenayah ini terdiri orang luar yang dengki dan tamak dan menunggu peluang untuk memusnahkan syarikat anda dan mungkin juga orang dalam syarikat anda sendiri yang pecah amanah. Siapa tahu hati manusia ni. Hanya Allah sahaja yang tahu.

3. Mengawal ketidakcekapan

Ketidakcekapan mungkin berlaku disebabkan penindihan kerja (redundance of works) antara pekerja, pekerja “mengular” atau curi tulang dengan bermain internet..hehe.. dan bla..bla.bla.. Akibat daripada ketidakcekapan ini produktiviti menurun dan servis dan produk yang dikeluarkan adalah di bawah kualiti dan kuantiti yang sebenar.

4. Meningkatkan ketepatan segala data2 perakaunan dan data-data yang lain

Dengan wujudnya kawalan dalaman ini tentunya data-data yang terhasil dan direkodkan adalah boleh dipercayai, “realiable” dan kebolehsandaraan data2 terhadap dokumen sokongan adalah tinggi. Jadi tentunya tentunya juruaudit syarikat anda tanpa berfikir panjang akan “unqualified”kan akaun syarikat anda. Anda pun senang hati.

5. Menggalakkan Pematuhan Mengikut Dasar dan Peraturan Organisasi

Apabila semuanya mengikut peraturan, takder la yang buat2 ikut kepala sendiri. Syarikat anda menjadi begitu bersisitematik. Imej syarikat akan meningkat di mata ramai. Tak mahukah?

6. Senang Dikawal untuk mencari Titik Kelemahan dan Kecekapan Organisasi

Dengan adanya sistem, anda pasti dapat mengenal pasti tingkat kecekapan disetiap operasi. Tentunya lebih senang anda mengawal, mengetahui punca2 dan memperbaikinya sekiranya ada kelemahan di sesuatu “department” syarikat anda.

7. Mengawal anda sendiri

He.. he ,ye ke ni.. Ya! tidak ada gunanya dan bermasalah besar kalau anda menganggap “syarikat anda adalah anda dan anda adalah syarikat”. Duit syarikat diambil sesuka hati dan tidak direkodkan. Belanja peribadi dianggap belanja syarikat. INGAT..anda dan syarikat adalah entiti yang berasingan. Duit yang diambil dari syarikat adalah hutang anda kepada syarikat.. Kalau tak. anda sebenarnya “MEROMPAK” syarikat anda sendiri.

Kita berhenti jap ye.. apa kata kita praktis kawalan dalaman jap..OK tarik nafas yer.. panjang..panjang.. tarik.. tarik.. tarik… tarik… lepas!!!

Bersambung..

Advertisements