jump to navigation

Memahami Perakaunan Part 2- Kegunaan dan Kepentingan April 6, 2007

Posted by zahiramli in Perakaunan.
8 comments

Apa gunanya maklumat perakaunan ini sebenarnya bergantung kepada individu atau organisasi yang menggunakan maklumat tersebut. Pengguna-penguna yang selalu menggunakan maklumat perakaunan adalah seperti berikut:

1. Anda sendiri sebagai Pemilik Perniagaan

Contohnya peniaga menggunakan maklumat ini untuk mengetahui samaada perniagaan untung atau rugi, untuk mengenalpasti sumber-sumber kewangan dan perbelanjaan yang dilakukan dalam perniagaannya. Jadi senanglah peniaga membuat perancangan perniagaannya seperti melakukan budget, costing , perancangan cukai, mengembangkan perniagaan atau mengecilkan perniagaan.

2. Prospek Pembeli

Katakan satu hari nanti, anda dah boring ”berbisness” atau perlukan wang, mungkin anda bercadang menjual perniagaan anda. Prospek pembeli tentunya inginkan maklumat mengenai perniagaan , takkan nak main bantai beli jer. Lainlah Prospek tu betul-bendul atau memang saja nak buang duit. Prospek Pembeli mungkin akan melakukan Siasatan Wajar (Due Diligent) terhadap syarikat anda dan maklumat penting sekali ialah maklumat perakaunan dan kewangan.

3. Bank

Ha.. ini selalu ni… Pasal nak buat loan la ni. Mungkin anda hendak mengembangkan peniagaan atau perlu tambahan ”working capital” untuk menjalankan bisness, anda memerlukan pinjaman dan Bank adalah sumber yang utama selain daripada Abang Along. Tetapi Bank tentunya agak rigid peraturannya, Bank tentunya takkan buta-buta bagi duit dia kepada sesebuahnya syarikat dan seterusnya menjadi ”Non Performance Loan” atau hutang tak bebayar. Maklumat yang diperlukan tentu salah satunya adalah maklumat perakaunan syarikat tersebut untuk memastikan prestasi kewangan syarikat betul2 berkempuan untuk membayar balik pinjaman. Payah betul yer.. kalau anda tak takut mati dan tak takut kena belasah pinjamlah kat Along. So, maintain akaun anda.

4. Jururunding Cukai

Ya la, nak buat taksiran cukai syarikat anda, Jururunding Cukai tentu perlukan penyata kewangan. Kalau anda tak simpan maklumat kewangan, camner nak kira tax. Kesannya anda tak boleh menghantar borang taksiran tax anda ke LHDN. LHDN mungkin akan mendakwa anda. Anda mungkin didenda, dipenjara atau kedua-duanya sekali.

5. Prospek Rakan Kongsi

Mmm.. untuk membesarkan perniagaan dan anda pun tak cukup sumber kewangan dan tenaga, mungkin anda berfikir untuk mencari rakan kongsi. Rakan tentunya berani masuk atau menambahkan modal sekiranya syarikat anda betul-betul berpotensi. Takkan dia nak serah diri dan menangung risiko syarikat anda cam tu jer tanpa mengkaji prestasi-prestasi kewangan anda sebelum ini walaupun sebelum ini anda meracun fikirannya dengan ”ayat-ayat power” supaya menjadi rakan seperjuangan.

6. Pelabur

Kemungkinan bisness anda berkembang dan terus berkembang sehingga anda boleh mengapungkan Saham anda di Bursa Malaysia. Pelabur tentunya memerlukan maklumat-maklumat perakaunan untuk membuat analisis kewangan syarikat anda. Anda tentunya gembira, impian anda telah tercapai dan kemungkinan besar anda akan menjadi Millionaires atau Billionaires. Tahniah.. Tahniah …saya ucapkan tetapi adakah impian anda akan menjadi kenyataaan kalau anda tidak mengemas kinikan perakaunan syarikat anda dengan baik dari sekarang. Kuang Kuang Kuang

Bersambung lagi..

Advertisements

Memahami Perakaunan Part 1-Pengertian Yang Tercipta April 3, 2007

Posted by zahiramli in Perakaunan.
add a comment

Ape Bende Perakaunan Sebenarnya?

Perakaunan sebenarnya mempunyai maksud yang meluas terutamanya dalam bidang perniagaan. Selalunya kita akan menggunakan idea-idea perakaunan apabila kita merancang atau tentang apa yang kita yang harus dilakukan kepada wang kita perolehi. Contohnya bagaimana kita merancang untuk membelanja atau menyimpan wang berkenaan. Mungkin jugak dalam masa membuat perancangan tu, kita terpaksa merancang secara bertulis (buat budget) ataupun ingat terus dalam ” kepala hotak” kita. Tak caya…ambil contoh mak kita buat budget bila mendapat nafkah daripada ayahanda. Mak saya pun terror accounting sebenarnyer…

Namun begitu, dalam urusniaga yang kompleks yang melibatkan beratus-ratus,beribu-ribu malah berjuta-juta transaksi, takkan kita nak simpan/merancang dalam “kepala hotak” kut..Nak jadi giler ke per?

Oleh itu, tuan-tuan dan puan-puan, demi kesihatan kita, kita perlu merekodkan data-data dan transaksi yang dilakukan itu dan salah satu cara perekodan data yang agak bersistematik ialah SimpanKira (Bookkeeping) selain daripada penggunaan buku 555.

Simpan Kira (Bookkeeping) merujuk kepada salah satu kaedah perekodan perakaunan yang melibatkan penyediaan transaksi lejer am sehingga terhasilnya Penyata Kewangan. Pada masa dahulu, perekodan hanyalah menggunakan buku (book) , namun sekarang bookeeping mengalami evolusinya sejajar dengan revolusi cyber, maka tercetus perisian-perisian perakaunan yang memudahkan kerja perekodan antaranya seperti UBS, Mr. Accounting, MYOB dan ACCPAC. Terdapat juga perisian perakaunan yang lebih mahal dan canggih yang bercirikan ERP yang betul-betul buat orang relax dan goyang kaki. Terima kasih teknologi… atau mungkinkah selepas ini profession akauntan akan lenyap dari muka bumi ini kerana semua tugasnya diambil-alih oleh komputer?

Bersambung…

Menjadi Usahawan Untuk Di Penjara? April 2, 2007

Posted by zahiramli in Perakaunan, Percukaian.
1 comment so far

AWAS para peniaga! Dalam anda mencari duit, buat sales banyak-banyak masih terdapat peniaga yang tak ambik kisah tentang hal ini- Perakaunan dan Percukaian!!!

Bukan nak takutkan saudara, cuma nak ingatkan daripada pengalaman saya, kebanyakan peniaga terutamanya kaum kita masih mengambil ringan tentang bab ini. Ya, mereka berjaya dapat buat sales juta-juta tetapi kemudiannya terpaksa membayar saman pun hampir juta-juta. Ape Maknenyer? Akaun tak diupdate dan diaudit, Borang tax dihantar, undang2 SSM pun tak dipatuhi. Mmmm Memang membuat jualan adalah paling penting dalam perniagaan tetapi memahami undang2 juga sama penting.

Contohnya, tidakkah anda tahu..

Di bawah Akta Syarikat 1965, penalti akan dikenakan sekiranya Mesyuarat Agong Tahunan tidak diadakan untuk menerima akaun teraudit dengan denda sebanyak lima ribu ringgit.

Di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967, penalti di atas kelewatan memfailkan borang nyata dengan denda sebanyak seribu ringgit atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali.

Kepada para peniaga jagalah perakaunan, percukaian , fahamilah undang-undang. Jagalah perniagaan anda sebaik mungkin .Tutupi lubang-lubang yang boleh menyebabkan “kapal” anda bocor dan karam, atau impian anda untuk menjadi JUTAWAN mungkin akan berakhir di PENJARA.

P/S: Akhirnya berjaya juga saya post blog yang pertama.