jump to navigation

Merancang Cukai 3- SA-CP204 dan CP204A April 14, 2007

Posted by zahiramli in Percukaian.
3 comments

2566526092.jpg

Ok kita sambung topik semalam tentang “Self Assessment” (SA) , namun di sini saya hanya ingin menyentuh tentang taksiran cukai bagi Syarikat.

“Self Assessment” menghendaki di mana setiap syarikat perlu menafsirkan anggaran cukai yang kena dibayar pada tahun kewangan akan datang dan membuat bayaran bulanan (monthly installment) pada tahun tersebut berdasar jumlah yang dianggarkan. Tanggungjawab ini juga termasuk bagi syarikat yang menganggarkan tidak layak dikenakan cukai. Eg. Katalah Tahun Kewangan syarikat anda adalah 1.1.2007 -31.12.2007 maka anda perlu menafsir jumlah liabiliti cukai pada tahun kewangan 1.1.2008 – 31.12.2008 dan membuat bayaran setiap bulan berdasar amaun purata jumlah cukai yang dianggarkan sekiranya dianggar ada , kalau kosong takyah bayar.

Di bawah Sistem Taksir Sendiri, setiap syarikat dikehendaki mengemukakan anggaran cukainya di dalam borang CP204 kepada LHDN, Borang ini perlu dikemukakan kepada LHDN tidak lewat daripada 30 hari sebelum bermulanya tempoh asas sesuatu tahun taksiran.

Bagaimanapun bagi syarikat yang baru memulakan perniagaan , anggaran taksiran cukai bagi tahun semasa boleh dilakukan dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh perniagaan dimulakan (commenced date).

Eg.

Tarikh perniagaan bermula : 01.07.2007

Tahun Kewangan; 01.07.2007 -30.6.2008

Tarikh Penghantaran CP204: Selewat-lewatnya pada 30.09.2007

Bagaimana menganggar cukai yang kena bayar?

Anggaran cukai bagi tahun hadapan mestilah tidak boleh kurang daripada jumlah anggaran cukai yang kena dibayar bagi tahun taksiran (TT) sebelum itu,

Eg.

TT 2006 Anggaran Cukai Kena Bayar RM12,000

TT 2007 Anggaran Cukai Kena Bayar ≥ RM12,000

Setelah menerima Borang CP204 yang lengkap yang dikemukakan oleh syarikat, LHDN akan mengeluarkan Notis Bayaran Ansuran (CP 205) dan anda perlu membayar instalmen bulanan cukai yang dianggarkan sekiranya ada.

Adakah anggaran cukai boleh dipinda?

Katakah jualan syarikat anda meningkat atau turun secara mendadak. Anda boleh mengubah anggaran taksiran cukai anda sebelum ini. Syarikat dibenarkan membuat pindaan kepada anggaran cukainya yang asal dengan mengisi borang CP204A dalam bulan ke enam dalam tempoh asas ada sesuatu tahun taksiran. Borang CP204A lebih kurang sama dengan CP204, cuma anda perlu menanda kotak ‘pindaan anggaran’. Berhubungan dengan itu , baki instalmen sebelum ini juga akan dipinda mengikut jumlah yang anggaran baru. LHDN akan mengeluarkan Notis Pindaan Bayaran Ansuran (CP206) bagi mengesahkan bayaran ansuran berdasarkan pindaan anggaran.

Kegagalan Menghantar Borang CP204?

Sekiranya syarikat gagal mengemukakan anggaran cukai pada tarikh yang ditetapkan, Ketua Pengarah LHDN (KPHDN) akan mengeluarkan arahan bayaran ansuran kepada syarikat. KPHDN juga boleh mengambil tindakan MAHKAMAH ke atas syarikat kerana gagal mengemukakan anggaran cukai.

Bilakah Pembayaran Perlu Dimulakan?

Amaun bagi setiap bayaran ansuran dikira dengan mambahagikan anggaran cukai kena dibayar dengan bilangan bulan yang terdapat dalam tempoh asas bagi sesuatu tahun taksiran. (Equally Monthly Installment)

Anggaran cukai hendaklah dibayar secara ansuran setiap bulan mulai bulan kedua dalam tempoh asas untuk sesuatu tahun taksiran dan selewatnya pada hari ke sepuluh dalam bulan berkaitan. Sekiranya hari ke sepuluh tersebut jatuh pada hari cuti mingguan atau hari kelepasan am, hari bekerja berikutnya bolehlah dianggap sebagai tarikh akhir yang ditetapkan.Jika bayaran ansuran tidak dibayar sepenuhnya pada tarikh yang ditetapkan, cukai akan dinaikkan sebanyak 10 peratus atas amaun baki yang tidak dibayar pada tarikh ditetapkan (penaltilah tu wakaka).

Apa yang akan berlaku sekiranya cukai yang kena dibayar melebihi anggaran atau pindaan anggaran?

Setelah akaun beraudit selesai dan anda membuat tafsiran cukai , katakanlah cukai kena bayar sebenar syarikat anda ditaksirkan melebihi jumlah anggaran cukai sebelum ini. Sekiranya terdapat perbezaan yang melebihi 30% di antara cukai yang kena dibayar dengan pindaan anggaran cukai atau anggaran cukai asal (sekiranya tiada pindaan anggaran, satu kenaikan cukai sebanyak 10% akan dikenakan ke atas jumlah perbezaan yang melebihi 30% – Penalti lagi kalau tak score tak tahulah

Contoh:

Cukai yang kena dibayar RM 20,000
Jumlah Anggaran Cukai RM 12,000
Perbezaan RM 8,000

30% daripada cukai
(30% @ RM20,000) RM 6,000
Perbezaan RM 2,000

Penalti (10% x RM2,000) = RM200

Penalti di sini bukanlah seperti mendapatkan penalti dalam pelawanan bola sepak, di sini anda perlu mengeluarkan lebih banyak wang anda dan syarikat anda kepada LHDN. Tetapi tak apelah kalau niat anda untuk menderma, duit cukai ni banyak gak tolong orang dan memajukan Negara ,ye tak? Apa yang pasti inilah tambahan cukai2 yang perlu kita elakkan dalam perancangan cukai syarikat kita. Bayangkan kalau jumlah tu makan juta2, nak mampus? Wakaka
Untuk keterangan lanjut, hubungilah penafsir cukai berlesen anda atau kunjungi laman web LHDN. Saya sebenarnya belum expert dalam bab cukai ni tapi bolehlah sikit-sikit.

 

Merancang Cukai 2- Self Assessment April 13, 2007

Posted by zahiramli in Percukaian.
8 comments

2566526092.jpg

Walau apa pun tanggapan anda mengenai “ Cukai” , sebagai peniaga anda harus mengambil tahu mengenainya dan jangan sekali2 mengabaikannya. Ianya seumpama anda cuba memboikot penggunaan diesel walaupun harga diesel dah naik berkali-kali, mahu tak mahu anda terpaksa menggunakannya untuk mengisi tank minyak kereta/motor anda , takkan nak jalan kaki kut? Samalah cukai ngan perniagaan, mau tak mau kenalah buat tafsiran cukai,- dah termaktub di dalam “undeng-undeng” ada..faham (mmm.. saya-no comment). Apa yang perlu anda lakukan sekarang cuba elakkan amaun cukai yang tidak perlu dan meminimumkan cukai syarikat anda.

OK. Hari ini saya menyentuh tentang “ Self Assessment” atau Taksiran Sendiri (Betul ke aku translate ni, wakaka ,hentamlah labu) . “Self Assessment” ini adalah satu sistem dari LHDN di mana pembayar cukai dikehendaki bertanggungjawab melakukan taksiran liabiliti cukai dan membayar cukai mereka sendiri.

Dengan wujudnya “Self Assessment” ini, pembayar cukai tentunya dapat menguruskan hal-ehwal cukainya sendiri. Dan untuk melakukan nya, diharapkan pembayar cukai/peniaga akan menyimpan rekod2nya dengan baik,mengisi borang cukai dengan betul, mengira cukai dan menyerahkan borang tersebut berserta dengan bayaran sekiranya ada. (Kan peniaga menjadi lebih berdisiplin-harap2lah). Kepada LHDN pula ianya satu bentuk memodenisasi dan menyusunsemula pentadbirannya yang akan menghasilkan sistem yang lebih effisien dan pengutipan cukai yang lebih pantas. Disamping itu, ianya dapat meningatkan tahap pematuhan cukai di kalangan pembayar cukai.

Bilakah “Self Assessment” ini bermula (Effective Date)? Ianya bergantung kepada Jenis Pembayar Cukai.

Jenis Pembayar Cukai

1. Syarikat- Tahun 2001
2. Pemilik Tunggal, Perkongsian, Koperasi- Tahun 2004
3. Individu Bergaji –Tahun 2004

Alamak saya tak dapat meneruskan post ini, ade keje jap …nanti yer

 

Merancang Cukai-Part 1- Tax Avoidance vs Tax Evasion April 4, 2007

Posted by zahiramli in Percukaian.
add a comment

Perancangan cukai perniagaan terutamanya syarikat Sendirian Bhd dan Bhd perlulah dilakukan dari awal-awal tahun lagi. Namun realiti yang berlaku, kebanyakan peniaga hanya menafsir percukaian syarikat mereka setelah akaun beraudit telah dikeluarkan. Oleh itu, tak mustahil ada yang “terperanjat beruk” atau lemah jantung bila melihat angka-angka cukai yang dikenakan ke atas mereka. Ada juga yang mungkin tak berpuas hati terhadap penalti yang dikenakan atas tambahan cukai mereka… mmm mulalah nak memberontak! Tetapi sayang seribu kali sayang semuanya sudah terlambat. Itu pun kira OK lagi, ada syarikat yang lansung tidak menaksirkan cukai malah tak menghantar borang percukaian syarikat mereka bertahun-tahun…Bayangkan berapa banyak “double atau triple” penalti yang dikenakan kepada mereka. Oleh itu, rancanglah percukaian syarikat anda awal-awal yer..

Dalam merancang cukai, kita mungkin akan mendengar istilah ini – “Tax Avoidance” dan “Tax Evasion”.

Tax Avoidance” merujuk kepada satu cara mengelakkan atau mengurangkan tax dengan cara yang dibenarkan undang-undang. Contoh “Tax Avoidance” ini seperti merancang untuk menggunakan penolakan cukai yang dibenarkan (Tax Deduction) seperti penggunaan rebate, belanja2 yang dibenarkan, zakat, derma yang diiktiraf oleh LHDN atau menukarkan status tax syarikat.

Manakala “Tax Evasion” pula merujuk kepada usaha-usaha atau konspirasi individu atau syarikat untuk menipu cukai syarikat mereka. Contoh “tax evasion” ini seperti memanipulasikan akaun syarikat anda seperti cubaan mengada-adakan belanja yang sepatutnya tiada bagi mengurangkan keuntungan dengan tujuan mengelak tax. Ianya adalah salah disisi undang-undang, dan kalau disabitkan kesalahan anda mungkin didenda atau dipenjara.

AWASlah, anda mungkin terlepas sekali dua kerana melakukan penipuan tersebut tetapi ingatlah yang langit tak selalu cerah dan anda mungkin terperangkap. Ketahuilah, pegawai-pegawai dari LHDN adalah terlatih dan pakar dalam bidang mereka. Mereka telah melakukan kerja mereka bertahun-tahun dan untuk mengenal pasti penipuan adalah seperti “kacang” bagi mereka.

Bersambung…

Menjadi Usahawan Untuk Di Penjara? April 2, 2007

Posted by zahiramli in Perakaunan, Percukaian.
1 comment so far

AWAS para peniaga! Dalam anda mencari duit, buat sales banyak-banyak masih terdapat peniaga yang tak ambik kisah tentang hal ini- Perakaunan dan Percukaian!!!

Bukan nak takutkan saudara, cuma nak ingatkan daripada pengalaman saya, kebanyakan peniaga terutamanya kaum kita masih mengambil ringan tentang bab ini. Ya, mereka berjaya dapat buat sales juta-juta tetapi kemudiannya terpaksa membayar saman pun hampir juta-juta. Ape Maknenyer? Akaun tak diupdate dan diaudit, Borang tax dihantar, undang2 SSM pun tak dipatuhi. Mmmm Memang membuat jualan adalah paling penting dalam perniagaan tetapi memahami undang2 juga sama penting.

Contohnya, tidakkah anda tahu..

Di bawah Akta Syarikat 1965, penalti akan dikenakan sekiranya Mesyuarat Agong Tahunan tidak diadakan untuk menerima akaun teraudit dengan denda sebanyak lima ribu ringgit.

Di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967, penalti di atas kelewatan memfailkan borang nyata dengan denda sebanyak seribu ringgit atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali.

Kepada para peniaga jagalah perakaunan, percukaian , fahamilah undang-undang. Jagalah perniagaan anda sebaik mungkin .Tutupi lubang-lubang yang boleh menyebabkan “kapal” anda bocor dan karam, atau impian anda untuk menjadi JUTAWAN mungkin akan berakhir di PENJARA.

P/S: Akhirnya berjaya juga saya post blog yang pertama.