jump to navigation

“Kampung Class” atau “World Class” May 23, 2007

Posted by zahiramli in Sejarah & Perniagaan.
6 comments

Kelmarin selepas Assembly, secara tiba-tiba CEO syarikat saya mengadakan mesyuarat tergempar dengan executive-executive syarikat. Antara perkara yang disentuh oleh beliau ialah tentang “World Class” Company, tentang bagaimana syarikat sepatutnya ke arah tersebut dengan meningkatkan tahap “class” syarikat dari semasa ke semasa.

Kembali ke rumah sambil “relax-relax”, saya terselak majalah  Accountant Todays dari MIA yang baru saya terima beberapa hari yang lepas. Dalam majalah tersebut telah menyenaraikan 50  syarikat-syarikat di seluruh dunia yang dikeluarkan oleh Majalah Fortune pada 19 Mac 2007 lalu.  Syarikat-syarikat ini adalah berklass dunia dan dianggap “Most Admired Companies For 2007”. Berikut saya senaraikan 50 buah syarikat tersebut dari segi rank,syarikat dan negaranya.

1 General Electric U.S.
2 Toyota Motor Japan
3 Procter & Gamble U.S.
4 Johnson & Johnson U.S.
5 Apple1 U.S.
6 Berkshire Hathaway U.S.
7 FedEx U.S.
8 Microsoft U.S.
9 BMW Germany
10 PepsiCo U.S.
11 IBM U.S.
12 Target U.S.
13 Wal-Mart Stores U.S.
14 United Parcel Service U.S.
15 Costco Wholesale U.S.
16 Walt Disney U.S.
17 Singapore Airlines Singapore
18 Exxon Mobil U.S.
19 Boeing U.S.
20 Nokia Finland
21 Citigroup U.S.
22 Bank of America U.S.
23 Honda Motor Japan
24 Coca-Cola U.S.
25* Caterpillar U.S.
25* Nestlé Switzerland
27 Dell U.S.
28 Toyota Industries Japan
29 Intel U.S.
30 Tesco Britain
31 DuPont U.S.
32* Cisco Systems U.S.
32* Walgreen U.S.
34* Samsung Electronics South Korea
34* Anheuser-Busch U.S.
36 BP Britain
37* Best Buy U.S.
37* Siemens Germany
39 Home Depot U.S.
40 L’Oréal France
41 Sony Japan
42 Motorola U.S.
43 Hewlett-Packard U.S.
44 Northwestern Mutual U.S.
45 Lowe’s U.S.
46 Canon Japan
47 Deere U.S.
48* HSBC Holdings Britain
48* Xerox U.S.
50 Dow Chemical U.S.

Klik disini untuk maklumat seterusnya. Fortune 50 Companies


Untuk pengetahuan, General Electric sudah berada 7 kali di atas sepanjang dekad ini. Dikatakan antara ramuan untuk menaikkan dan mengekalkan ranking ialah pelaksanaan dan percapaian baik yang konsisten, kepimpinan yang stabil dan tidak takut untuk berinovasi.

    GE  TOYOTA       PG

Tanyakan kepada diri kita sendiri. Di manakah “class” syarikat kita atau diri kita sendiri sebagai individu sebenarnya?

Usahlah fikir terlalu jauh, Adakah kita kita sudah mencapai “Malaysia Class”? Adakah kita sudah mencapai “State Class”? “City Class”? “Campus class”? ataupun “Individual class”?.

Adakah kita sudah bangga gila dan berpuas hati hanya  sekadar menjadi jaguh berklas kampong sahaja- lebih sikit saja daripada kawan-kawan kita? Ataupun kita tidak mempunyai “class” apapun kerana tiada pencapaian yang boleh dibanggakan.

Bukan untuk tidak bersyukur tapi bersikap “complacent” tak membawa kita ke mana mana. Apakah “benchmark” kita hanya membandingkan pencapaian kita dengan rakan-rakan terdekat sahaja.

Lihatlah dunia dengan lebih luas, lihatlah orang yang lebih berjaya daripada kita untuk kita jadikan inspirasi supaya kita akan terus berusaha untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang lagi. Barulah kita betul-betul menjadi individu yang “WORLD CLASS”. Cayalah!!

Jihad Ekonomi Melayu Islam May 22, 2007

Posted by zahiramli in Sejarah & Perniagaan.
6 comments

  ali      JC       INTIFADA

Maafkan saya kerana bercuti begitu panjang dalam penulisan blog. Terima Kasih Dr. Azwan dan Saudara Shuqery yang prihatin dan menegur hamba Allah yang lalai ini.  Saya agak sibuk kebelakangan ini dan tambahan pula saya bekerja di tempat baru dan agak berlainan dengan kerja lama saya,banyak benda baru kena explore. Alhamdulillah saya tersedar dan kembali menulis.

Topik yang di utarakan adalah bersempena tajuk sebuah buku “Pengisian Agenda Ekonomi Di Bawah Konsep Islam Hadhari: Menjadikan Bisnes Satu Cabang Jihad” yang saya baca ketika menghadiri Seminar Halal Food Standard Realisation (Hafstar) anjuran Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) dan Kerajaan Negeri Kedah pada tahun lepas. Ketika itu syarikat lama saya menjadi penyelia bagi seminar tersebut. Antara speaker yang menghadiri adalah  Tan Sri Muhammad Ali Hashim sendiri iaitu penulis buku tersebut. Seperti  yang  kita tahu ,Tan Sri Muhammad Ali Hashim memang terkenal dan begitu berjaya dalam bidang keusahawanan , beliau adalah Ketua Eksekutif Johor Corporation, Pengerusi Syarikat Kulim (M) Bhd, QSR Brands Bhd, KFC Holdings Bhd, KJPK Healthcare Bhd dan Sindora Bhd. Selain daripada buku ini , antara buku yang ditulis beliau ialah Membujur Lalu dan Bisnes Satu Cabang Jihad, anda boleh dapatkannya di kedai buku.

Sebahagian kandungan buku tersebut yang menarik perhatian saya ialah statistik Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke 8, 2001-2005 yang menunjukkan keciciran dan ketidakseimbangan ekonomi kaum Melayu di Malaysia. Memetik kandungan buku tersebut -kedudukan meruncing bangsa Melayu dilihat dalam semua aspek kehidupan ekonomi. Antaranya:

1. Nisbah Kekangan Pendapatan pendapatan atau Income Disparity Ratio antara Melayu/Bumiputera  dengan Kaum Cina semakin renggang iaitu dari 1:1:74 pada 1999 kepada 1:1:80 pada tahun 2002- satu trend yang berbahaya andainya tidak dikawal atau diperbaiki.

2. Lebih membimbangkan, Pendapatan Purata Isirumah, iaitu sumber utama keupayaan merapatkan jurang masa depan bertumbuh pada kadar lebih rendah bagi Melayu/Bumiputera berbanding kadar nasional dan kadar yang dicapai oleh Kaum Cina. Kadar Nasional bertumbuh pada dari RM 2,472 pada 1999 kepada RM 3,011 pada  2002 iaitu pertumbuhan 6.8%, dan kaum Cina bertambah 7.4%  kepada RM4,279 pada 2002, sedangkan purata untuk Melayu/Bumiputera Cuma pada kadar 6.2% sahaja,meningkat kepada RM2,376.

3. Melayu/Bumiputera juga dilaporkan cuma memiliki 8.2% daripada jumlah bangunan, komplek bisnes,premis industri dan Hotel berbanding 55.8% milik kaum Cina  dan 36 peratus milik semua kaum lain (termasuk 2.9% milik India)

4. Kedudukan kepentingan bisnes yang diukur menerusi nilai modal syarikat tersenarai tersenarai Malaysia di BSKL menunjukkan trend serupa. Melayu yang merupakan 60% penduduk Malaysia cuma menguasai 18.7% saham syarikat tersenarai pada tahun 2002,satu kemorosotan berbanding dengan 18.9% pada tahun 2000, sedangkan kaum Cina telah meningkat daripada 38.9% kepada 40.9%. Kedudukan kepentingan semakin merosot apabila diperhatikan bahawa pertumbuhan hakmilik Melayu/Bumiputera telah cuma meningkat pada kadar 7.8% setahun berbanding 11.2% bagi kaum cina dan purata 8.4% bagi semua kaum.

Tu Dia!!! Adakah kita berwaspada tentang isu ini atau menganggapnya biasa2 saja? 

Apakah akan jadi kepada generasi kita 20 tahun kalau keadaan ini terus berterusan?

Patutkah kita menyalahkan kaum lain kerana mereka lebih berjaya disebabkan mereka lebih bijak dan gigih daripada kaum kita?

Mungkin sekarang kuasa politik boleh digunakan untuk mengimbangi kedudukan ekonomi tetapi adakah kuasa itu akan terus berterusan?

Adakah kita mahu menjadikan generasi kita akan datang seperti  “Palestin” di tanah air sendiri?

Kita mungkin bercakap tentang jihad yang besar2 tetapi sedar-sedar tak sedar hak milik umat Islam di Negara kita sendiri makin terkikis sedikit demi sedikit, hari demi hari.

Ya inilah masa untuk berhijrah dan berjihad untuk mengembangkan ekonomi kaum kita. Inilah masa untuk melakukan perubahan demi masa depan Islam, Melayu dan generasi kita seterusnya di tanah air sendiri walaupun agak sedikit terlewat.

Mungkin tak ramai yang  berani mengambil risiko untuk berhenti kerja dan terus mulakan perniagaan termasuk saya sendiri. Tetapi apa yang pasti ramai usahawan yang berjaya dengan memulakan secara kecil-kecilan dan part-time dahulu sebelum menjadi perniagaan yang besar.
Ada juga tak minat berniaga , itu pun tidak mengapa asalkan kita jangan menjadi perosak peniagaan orang Islam/Melayu. Terus-menerus berilah sokongan anda kepada peniaga kita yang ada sekarang kerana mereka berani mengambil risiko membuka perniagaan. Sebenarnya siapapun  status kita, kita boleh sama2 menjadi faktor penyumbang kepada kemajuan ekonomi umat kita, contohnya:

Seorang kontraktor Islam besar boleh memberi peluang projek kecil bagi sub kontraktor Melayu/Islam nya.

Seorang developer Melayu boleh membantu dengan membina rumah dan bangunan yang mampu dibeli oleh kaumnya supaya hakmilik orang kita bertambah.

Seorang Akauntan boleh memberi nasihat perakaunan  kepada peniaga2 Melayu supaya akaun mereka lebih bersistematik dan efektif.

Seorang Lawyer, boleh memberikan nasihat perundangan kepada peniaga2 Melayu yang masih kurang kesedaran undang2 yang boleh meruntuhkan perniagaannya,

Seorang Motivator, boleh memberi ceramah motivasi untuk menaikkan semangat peniaga dan bakal peniaga.

Seorang penulis boleh menulis buku2 yang berkualiti untuk menjadi rujukan berguna kepada peniaga dan bakal peniaga.

Seorang pekerja, boleh membantu majikan Islamnya dengan menjadi pekerja terbaik untuk  memajukan perniagaan Majikannya seperti dia boleh bekerja dengan baik bila  bekerja dibawah majikan bukan Islam.

Seorang guru boleh menyemai semangat keusahawanan di kalangan murid-murid Melayu/Islamnya.

Seorang pengguna, kalau dahulu membeli barangan daripada kedai dan buatan orang bukan Islam, apa kata kita tukar dengan membeli barangan dari kedai dan produk keluaran orang kita. Tunjukkan sokongan anda.

Seorang blogger, kalau ada ilmu dan info berguna, tu boleh tulislah di blog anda untuk dikongsi bersama, bolehlah dimanfaatkan oleh ramai orang.

AYUH, LANCARKAN JIHAD!!!!

 

“Complacent” Adalah Pembunuh April 25, 2007

Posted by zahiramli in Sejarah & Perniagaan.
7 comments

Salah satu sifat mazmumah yang boleh menjahanamkan diri dan perniagaan adalah sifat “complacent” ataupun dalam bahasa Melayu rojaknya perasaan puas hati/selesa tahap kemuncak atau syok sendiri yang gila babas (wahaha sorry ye saya lupa membawa kamus bersama-sama sewaktu menulis post ini). Kawan-kawan yang tahu minta tolong translate untuk saya apakah maksud “complacent” dalam BM yang setepatnya.

Sesungguhnya terdapat perbezaan di antara bersyukur dan “complacent” ini. Bersyukur adalah condong ke arah rasa berterima kasih serta wujud tawaduk dan kemudiaannya tidak melakukan sesuatu yang luar batasan/haram. Tetapi bersyukur menyatakan kesanggupan kita untuk terus berusaha untuk menjadi lebih baik. Sebaliknya “complacent” terus menutup peluang dan pintu-pintu untuk dirinya atau syarikatnya terus lebih maju ke hadapan kerana mungkin merasa sudah berada dalam keadaan sempurna benar.

“Mmmm..cukupla setakat tu…lebih-lebih buat apa, Aku dah power. Aku dah otai tahap dewa korang tahu! Sape pun tak boleh challenge aku” katanya.

Sedar-sedar tak sedar sikap itu boleh membunuh dirinya dan 7 generasi keturunannya selepas itu. Apa yang ditakuti adalah sikap ini boleh menimbulkan perasaan buruk yang lain seperti ujub, riak,takabur dan malas nak mampus(baloq liat kata orang utara).

Sejarah membuktikan banyak syarikat-syarikat yang sesuatu ketika dahulu begitu hebat , akhirnya hampir-hampir tenggelam disebabkan sikap sebegini.

        ibmapplems

IBM contohnya satu ketika dahulu merupakan syarikat gergasi komputer yang terbesar di mana ketika itu mereka menguasai hampir 60% pasaran komputer dan mewakili 75% keuntungan daripada industri ini.. Oleh kerana begitu selesa atau mungkin sudah merasa besar diri mereka mengabaikan tanngungjawab kepada pelanggan mereka. Jika anda membeli komputer IBM ketika itu, anda juga perlu membeli perisian daripada mereka juga kerana mereka tidak mahu berintegrasi dengan syarikat komputer lain. Selain itu mereka tidak menjalankan R&D yang berkesan atau menkaji kehendak pasaran sebaik mungkin kerana merasa produk mereka adalah begitu bagus dan tiada tandingan. Tindakan IBM ini seolah-olah mengarah pelanggan tentang apa yang mereka patut dan tak patut membeli dan nyata mereka lebih mengutamakan kehendak mereka sendiri daripada kehendak pelanggan. Mereka ingin memonopoli dan menutup peluang persaing-persaing tetapi sebenarnya mereka lupa bahawa mereka telah meninggalkan satu lubang besar untuk pesaing-pesaing mereka mengambil kesempatan iaitu Perkhidmatan Pelanggan. Ya, penguasan mereka tidaklah lama kerana selepas itu dua newbie dari industri ini telah mengambil kesempatan daripada kelemahan IBM ini tentunya dua orang anak muda- Bill Gate daripada Microsoft dan Steve Jobs daripada Apple Computer yang telah berjaya mencipta software dan komputer pribadi yang lebih mesra pelanggan dan selepas itu nama IBM yang begitu gah itu hampir-hampir terkikis.

           mas2aa2

Senario ini sebenarnya berlaku di dalam negara kita juga. Malaysia Airline (MAS) contohnya yang satu ketika merupakan syarikat monopoli penerbangan di tanah air. Mereka begitu selesa dan tambahan pula mendapat bantuan kerajaan dari segi kewangan mahupun kemudahaan infrastruktur. Kalau ada masalah kewangan sedikit tentu ada saja topup daripada kerajaan. Sayang, kesempatan ini tidak digunakan untuk menjanakan keuntungan sebanyak yang mungkin dan menutup-menutup ruang-ruang persaingan sebaik mungkin. Sebaliknya budak baru dari Air Asia telah mengambil kesempatan atas kelemahan ini. Dengan strategi canggih-manggih Air Asia, mereka menjadi begitu hebat dan nama MAS hampir-hampir tenggelam sehinggakan apabila kalau dirujuk tentang Kapal Terbang di terbang di Malaysia tentu orang akan teringatkan Air Asia dahulu sebelum MAS.

Tetapi apa yang paling saya takuti ialah sifat “Complacent” ini melanda bangsa saya sendiri di negara tercinta. Lihatlah remaja kita lebih suka menjadi hero dan heroin dalam masalah sosial daripada menjadi wira di sekolah atau universiti. Lihatlah orang-orang dewasa kita yang suka bersembang kosong dan berdebat yang entah apa-apa daripada memajukan diri, agamanya dan bangsanya.Adakah kerana kita merasa terlalu selesa kerana selalu mendapat subsidi ataupun kerana bangsa kita adalah pemerintah negara ini?

Sebenarnya tak salah kita mendapat semua kemudahan-kemudahan ini dan harap2 ia berkekalan. Tetapi inilah masanya kita menggunakan kelebihan-kelebihan yang kita ada sebaik-baiknya untuk kemajuan umat dan bangsa kita segah-gahnya kerana kemudahan2 ini tak terjamin kekal selamanya.

Teringat saya 2 hadis Rasullulah yang popular dalam menangani sifat “Complacent” ini:

Hadis 1

Ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara

Senang sebelum susah
Sihat sebelum sakit
Kaya sebelum miskin
Muda sebelum Tua
Hidup sebelum Mati

Hadis 2

Barangsiapa yang amalannya hari ini lebih baik dari semalam,

dialah orang yang beruntung.

Barangsiapa yang amalannya hari ini sama dengan yang semalam,

dia adalah orang yang rugi.

Dan barangsiapa yang amalannya hari ini lebih buruk dari hari semalam,

dia tergolong orang yang dilaknat Allah s.w.t.

Sejarah Tunku Anum dan Strategi Rundingan April 20, 2007

Posted by zahiramli in Sejarah & Perniagaan.
6 comments

20a.jpg

Makam Tunku Anum di Kg. Pulau Pisang

Sudah beberapa hari saya tak menulis hanya membaca blog-blog orang je. Baguslah diaorang ni, tiap-tiap hari ada post baru, kadang2 sehari ada dua tiga post. Tahniah! Kagum betul saya.,banyak betul idea diaorang ni ataupun diaorang dah jadi “blog addict” kut. wahahaaha…

Minggu ini saya terlalu sibuk , tunggu masa cuti je nak update blog ni. Tambah-tambah banyak akaun tak keluar lagi dan terpaksa mengejar dateline. Bulan depan tak tahu lah kena outstation kat KL sebulan pulak . Mampus!

Ok yer, Hari ini saya akan menggantikan Cikgu Markonah untuk menjadi guru sejarah anda. Setuju? Wahaha.. Maaf ye, saya rasa memang tak layak pun. Hakikatnya saya hanya belajar sejarah sampai Tingkatan 3 jer. Saya memang meminati subjek sejarah ni sejak sekolah lagi tapi terbantut sejak bertukar ke tingkatan 4 dari sekolah biasa ke sekolah menengah vokasional. Entahlah, saya pun tak faham kenapa takde subjek sejarah kat sekolah vokasional padahal subjek tu menjadi subjek teras di sekolah biasa ketika itu. Mmm maka jadilah saya seorang yang jahil tentang sejarah daripada anda. Namun begitu tak apelah saya akan cuba belajar sejarah semula dengan menulis sesuatu tentang sejarah di blog ini.

OK! Back To The Topic. Siapakah Tunku Anum? Laki ke Pompuan? Siapa ? Siapa? Siapa Orang Misteri ini? Oh Ya! Nak Cerita sikit.. sebelum saya bertukar ke Sekolah Vokasional, saya terlebih dahulu bersekolah di Sekolah Menengah Tunku Anum kat Jitra, Kedah. Nama sekolah tu di ambil semperna orang yang saya nak cerita ni. Kira2 dengan menceritakan sejarah Tunku Anum pastinya mengembalikan nostalgia saya kat sekolah tu la.

Menurut sejarah (berdasarkan artikal dari Wadiasofi Jaafar), Tunku Anum atau nama penuhnya Tunku Anum bin Tunku Abdul Rahman adalah putera tunggal hasil perkongsian hidup di antara Tunku Rahmah dan Tunku Abdul Rahman. Bondanya iaitu Tunku Rahmah adalah puteri sulung kepada Sultan Muhammad Jiwa yang ke2 iaitu Sultan Kedah yang ke- 19 iaitu di antara tahun 1710-1778. Manakala ayahandanya Tunku Abdul Rahman adalah bekas Ketua di Wilayah ChenakThailand.

Nama Tunku Anum mula popular apabila beliau dilantik sebagai ketua penghantar Bunga Emas kepada Kerajaan Siam oleh Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah yang Ke-2 dan Tunku Dhiauddin yang memerintah Kayang (Perlis). Peristiwa ini berlaku pada bulan Ogos 1809. Sesuai dengan tugasnya seorang diplomat yang berurusan dengan Kerajaan Siam, Tunku Anum dikurniakan gelaran “Tunku Paduka Raja Jambangan”. Pada zaman itu,seseorang yang dilantik menjadi penghantar bunga emas amat disanjungi oleh rakyat Kedah kerana tugas tersebut amat berbahaya kerana terpaksa meredah hutan belantara, meredah gunung dan mengambil masa berbulan-bulan untuk sampai negeri Siam. Masa tu, manalah ada lebuhraya apatah lagi kapal terbang. Orang sekarang ni ingat nak senang jer, suruh jalan 500 meter pun dah malas. Tabik spring la sama Tunku Anum!

Ok Flashback

Apabila Sultan Sultan Ahmad Tajuddin menolak permohonan Angkatan Putera Ligor untuk mendapatkan beras bagi tujuan Perang Siam-Burma dengan alasan padi tidak menjadi , perang pun meletus dan
Siam menguasai Kedah. Pelbagai ikhtiar dilakukan oleh pembesar dan rakyat negeri Kedah untuk membebaskan Kedah tetapi semuanya gagal. Perang gerilla la, memberontak la semuanya tak menjadi.
 

Kemudiannya, muncullah Tunku Anum yang kemudiannya di pertanggungjawabkan untuk menjaga keamanan Negeri Kedah. Tunku Anum tahu baginda bukan sahaja menghadapi ancaman dari luaran iaitu Tentera Ligor tetapi juga ancaman dalaman termasuklah ancaman dari sepupu sendiri serta beberapa musuh dalam selimut. Baginda seterusnya mengatur strategi baru menentang Siam, dengan tunduk kepada Putera Ligor dan menawarkan diri untuk berkhidmat kepada Raja Ligor.

Walaupun pada awalnya Tunku Anum dianggap lemah oleh rakyat Kedah , tetapi tindakannya adalah rancangan bijak untuk menyelamatkan Kedah daripada terus dijajah oleh Siam. Beliau besedia untuk menghantar bunga emas sebagai ufti untuk pemulaan perdamaian, akhirnya dengan kebijaksanaan akal,budi bicara dan keperibadian Tunku Anum yang menambat hati, Maharaja Ligor memulangkan Kedah semula kepada pemerintahnya dan berjanji tidak menggangu lagi.

Tamatlah sebahagian cerita Tunku Anum.

Seperti biasa cerita sejarah mesti ada moralnya. Kalau tidak -buat ape kita belajar sejarah. Wahahaha..Moralnya:

  • Tunku Anum telah mengambil pendekatan yang “nonviolent” dalam usaha mengembalikan Kedah iaitu melalui taktik perundingan. Walaupun cara itu dianggap lemah, tetapi dengan strategi yang disusun selepas itu, Kedah dapat dikembalikan semula. Begitu juga dengan perniagaan, tak guna bersaing tak tentu pasal dengan persaing-persaing dengan cara-cara yang mungkin merugikan atau membahayakan perniagaan anda. Adalah lebih baik anda berunding dengan pesaing-pesaing perniagaan anda dan mewujudkan kerjasama seperti bekenaan dengan pasaran, harga dan sebagainya. Dengan kerjasama ini baru synergy perniagaan akan terwujud.

  • Tunku Anum juga mewujudkan keadaan “Win-Win Situation” dalam rundingannya di mana Raja Ligor telah dijamin diberikan ufti Bunga Emas setiap tahun sebagai tanda pendamaian disamping pemberhentian pemberotakan oleh rakyat Kedah, manakala di pihak Kedah pula pastinya akan mendapat semula kedaulatan negerinya. Mmm dalam perniagaan pun untuk mewujudkan perundingan jangan la berat sebelah macam perundingan Israel-Palestin yer.

  • Tunku Anum juga melihat perundingan ini dari “sudut jangka panjang”. Ye la memang kalau nak ikutkan Kedah memang rugi sikit, penyediaan Bunga Emas bukannya murah, bukannya bunga plastik yang disalut emas, semuanya emas tulen bang! Tetapi xperlah rugi sedikit kalau matlamat yang akhir itu tercapai. Sebagai peniaga, anda perlu lihat pelaburan jangka panjang dengan perundingan tersebut. Apakah maklamat akhir anda? Kaji kesan-kesannya sebelum menyetujui sesebuah perundingan.

  • Akhir sekali peniaga perlu belajar “communication skill”, “permikiran kreatif” dan “tingkah laku beradap” daripada Tunku Anum ini dan boleh diadaptasikan dalam perniagaan.

Akhir kata, saya betul2 ucapkan ribuan Terima Kasih kepada Wira Negara Tunku Anum, kalau tak kerana beliau tentu saya menjadi warganegara Thailand kini yang menjadi penentang Taksin. Mungkin saya tak lagi menyebut perkataan SALAM dan TERIMA KASIH , sebaliknya menjadi SAWAT DI KAP dan KHAAWP KHOON KAP.

Al-Fatihah semua untuk Allahyarham Tunku Anum bin Tunku Abdul Rahman