jump to navigation

Kawalan Dalaman Part 1 Tarik nafas Panjang2 yer… April 5, 2007

Posted by zahiramli in Kawalan Dalaman.
add a comment

Hari ini saya membuka satu topik lagi…biarkan semuanya bersambung-sambung, kan hidup ini pun berkesinambungan. Kawalan Dalaman? Dah bertukar profession ke saya ni.. dah jadi jurulatih vokal ke atau cikgu pendidikan jasmani? Mmm apa yang saya nak beritahu ini bukanlah latih tubi kawalan pernafasan atau sesi kelas yoga. Bukan..bukan.. bukan, tidak sama sekali. Kawalan Dalaman atau “Internal Control” yang dimaksudkan di sini merujuk kepada langkah yang diambil oleh syarikat dengan tujuan menjadikan organisasi mereka lebih bersistematik, tersusun, selamat, efektif, efisien dan bla..bla..bla..Tujuan Kawalan Dalaman adalah seperti berikut:

1. Mengelakkan Pembaziran

Untuk menjaga sumber-sumber organisasi supaya tak membazir tak tentu pasal sehingga mengurangkan keuntungan syarikat anda. Contohnya pembaziran elektrik, caj telefon/prepaid, air, membazir ubat gigi dan macam-macam lagi. Kan membazir tu amalan Syaitan. So, kawal diri dari ikut syaitan.

2. Mengelakkan Penipuan

Kalau semua manusia ni jujur, baik hati dan dipercayai, tentulah dan aman dunia ini. Hang Tuah pun tak difitnah, Israel tak merampas Palestin dan Arthur Anderson pun tak bankrup. Untuk pengetahuan, ada syarikat memperuntukkan berjuta-juta RM untuk mengatasi ketidakjujuran ini. Bukan nak bersifat berperasangka buruk tetapi kan “mencegah itu lebih baik daripada mengubati”, ambil langkah sepatutnya, back-up sebaik mungkin. Jangan ada lubang-lubang dan peluang untuk penjenayah-penjenayah menipu anda dan syarikat anda.Mungkin penjenayah ini terdiri orang luar yang dengki dan tamak dan menunggu peluang untuk memusnahkan syarikat anda dan mungkin juga orang dalam syarikat anda sendiri yang pecah amanah. Siapa tahu hati manusia ni. Hanya Allah sahaja yang tahu.

3. Mengawal ketidakcekapan

Ketidakcekapan mungkin berlaku disebabkan penindihan kerja (redundance of works) antara pekerja, pekerja “mengular” atau curi tulang dengan bermain internet..hehe.. dan bla..bla.bla.. Akibat daripada ketidakcekapan ini produktiviti menurun dan servis dan produk yang dikeluarkan adalah di bawah kualiti dan kuantiti yang sebenar.

4. Meningkatkan ketepatan segala data2 perakaunan dan data-data yang lain

Dengan wujudnya kawalan dalaman ini tentunya data-data yang terhasil dan direkodkan adalah boleh dipercayai, “realiable” dan kebolehsandaraan data2 terhadap dokumen sokongan adalah tinggi. Jadi tentunya tentunya juruaudit syarikat anda tanpa berfikir panjang akan “unqualified”kan akaun syarikat anda. Anda pun senang hati.

5. Menggalakkan Pematuhan Mengikut Dasar dan Peraturan Organisasi

Apabila semuanya mengikut peraturan, takder la yang buat2 ikut kepala sendiri. Syarikat anda menjadi begitu bersisitematik. Imej syarikat akan meningkat di mata ramai. Tak mahukah?

6. Senang Dikawal untuk mencari Titik Kelemahan dan Kecekapan Organisasi

Dengan adanya sistem, anda pasti dapat mengenal pasti tingkat kecekapan disetiap operasi. Tentunya lebih senang anda mengawal, mengetahui punca2 dan memperbaikinya sekiranya ada kelemahan di sesuatu “department” syarikat anda.

7. Mengawal anda sendiri

He.. he ,ye ke ni.. Ya! tidak ada gunanya dan bermasalah besar kalau anda menganggap “syarikat anda adalah anda dan anda adalah syarikat”. Duit syarikat diambil sesuka hati dan tidak direkodkan. Belanja peribadi dianggap belanja syarikat. INGAT..anda dan syarikat adalah entiti yang berasingan. Duit yang diambil dari syarikat adalah hutang anda kepada syarikat.. Kalau tak. anda sebenarnya “MEROMPAK” syarikat anda sendiri.

Kita berhenti jap ye.. apa kata kita praktis kawalan dalaman jap..OK tarik nafas yer.. panjang..panjang.. tarik.. tarik.. tarik… tarik… lepas!!!

Bersambung..

Advertisements

Merancang Cukai-Part 1- Tax Avoidance vs Tax Evasion April 4, 2007

Posted by zahiramli in Percukaian.
add a comment

Perancangan cukai perniagaan terutamanya syarikat Sendirian Bhd dan Bhd perlulah dilakukan dari awal-awal tahun lagi. Namun realiti yang berlaku, kebanyakan peniaga hanya menafsir percukaian syarikat mereka setelah akaun beraudit telah dikeluarkan. Oleh itu, tak mustahil ada yang “terperanjat beruk” atau lemah jantung bila melihat angka-angka cukai yang dikenakan ke atas mereka. Ada juga yang mungkin tak berpuas hati terhadap penalti yang dikenakan atas tambahan cukai mereka… mmm mulalah nak memberontak! Tetapi sayang seribu kali sayang semuanya sudah terlambat. Itu pun kira OK lagi, ada syarikat yang lansung tidak menaksirkan cukai malah tak menghantar borang percukaian syarikat mereka bertahun-tahun…Bayangkan berapa banyak “double atau triple” penalti yang dikenakan kepada mereka. Oleh itu, rancanglah percukaian syarikat anda awal-awal yer..

Dalam merancang cukai, kita mungkin akan mendengar istilah ini – “Tax Avoidance” dan “Tax Evasion”.

Tax Avoidance” merujuk kepada satu cara mengelakkan atau mengurangkan tax dengan cara yang dibenarkan undang-undang. Contoh “Tax Avoidance” ini seperti merancang untuk menggunakan penolakan cukai yang dibenarkan (Tax Deduction) seperti penggunaan rebate, belanja2 yang dibenarkan, zakat, derma yang diiktiraf oleh LHDN atau menukarkan status tax syarikat.

Manakala “Tax Evasion” pula merujuk kepada usaha-usaha atau konspirasi individu atau syarikat untuk menipu cukai syarikat mereka. Contoh “tax evasion” ini seperti memanipulasikan akaun syarikat anda seperti cubaan mengada-adakan belanja yang sepatutnya tiada bagi mengurangkan keuntungan dengan tujuan mengelak tax. Ianya adalah salah disisi undang-undang, dan kalau disabitkan kesalahan anda mungkin didenda atau dipenjara.

AWASlah, anda mungkin terlepas sekali dua kerana melakukan penipuan tersebut tetapi ingatlah yang langit tak selalu cerah dan anda mungkin terperangkap. Ketahuilah, pegawai-pegawai dari LHDN adalah terlatih dan pakar dalam bidang mereka. Mereka telah melakukan kerja mereka bertahun-tahun dan untuk mengenal pasti penipuan adalah seperti “kacang” bagi mereka.

Bersambung…

Memahami Perakaunan Part 1-Pengertian Yang Tercipta April 3, 2007

Posted by zahiramli in Perakaunan.
add a comment

Ape Bende Perakaunan Sebenarnya?

Perakaunan sebenarnya mempunyai maksud yang meluas terutamanya dalam bidang perniagaan. Selalunya kita akan menggunakan idea-idea perakaunan apabila kita merancang atau tentang apa yang kita yang harus dilakukan kepada wang kita perolehi. Contohnya bagaimana kita merancang untuk membelanja atau menyimpan wang berkenaan. Mungkin jugak dalam masa membuat perancangan tu, kita terpaksa merancang secara bertulis (buat budget) ataupun ingat terus dalam ” kepala hotak” kita. Tak caya…ambil contoh mak kita buat budget bila mendapat nafkah daripada ayahanda. Mak saya pun terror accounting sebenarnyer…

Namun begitu, dalam urusniaga yang kompleks yang melibatkan beratus-ratus,beribu-ribu malah berjuta-juta transaksi, takkan kita nak simpan/merancang dalam “kepala hotak” kut..Nak jadi giler ke per?

Oleh itu, tuan-tuan dan puan-puan, demi kesihatan kita, kita perlu merekodkan data-data dan transaksi yang dilakukan itu dan salah satu cara perekodan data yang agak bersistematik ialah SimpanKira (Bookkeeping) selain daripada penggunaan buku 555.

Simpan Kira (Bookkeeping) merujuk kepada salah satu kaedah perekodan perakaunan yang melibatkan penyediaan transaksi lejer am sehingga terhasilnya Penyata Kewangan. Pada masa dahulu, perekodan hanyalah menggunakan buku (book) , namun sekarang bookeeping mengalami evolusinya sejajar dengan revolusi cyber, maka tercetus perisian-perisian perakaunan yang memudahkan kerja perekodan antaranya seperti UBS, Mr. Accounting, MYOB dan ACCPAC. Terdapat juga perisian perakaunan yang lebih mahal dan canggih yang bercirikan ERP yang betul-betul buat orang relax dan goyang kaki. Terima kasih teknologi… atau mungkinkah selepas ini profession akauntan akan lenyap dari muka bumi ini kerana semua tugasnya diambil-alih oleh komputer?

Bersambung…

Menjadi Usahawan Untuk Di Penjara? April 2, 2007

Posted by zahiramli in Perakaunan, Percukaian.
1 comment so far

AWAS para peniaga! Dalam anda mencari duit, buat sales banyak-banyak masih terdapat peniaga yang tak ambik kisah tentang hal ini- Perakaunan dan Percukaian!!!

Bukan nak takutkan saudara, cuma nak ingatkan daripada pengalaman saya, kebanyakan peniaga terutamanya kaum kita masih mengambil ringan tentang bab ini. Ya, mereka berjaya dapat buat sales juta-juta tetapi kemudiannya terpaksa membayar saman pun hampir juta-juta. Ape Maknenyer? Akaun tak diupdate dan diaudit, Borang tax dihantar, undang2 SSM pun tak dipatuhi. Mmmm Memang membuat jualan adalah paling penting dalam perniagaan tetapi memahami undang2 juga sama penting.

Contohnya, tidakkah anda tahu..

Di bawah Akta Syarikat 1965, penalti akan dikenakan sekiranya Mesyuarat Agong Tahunan tidak diadakan untuk menerima akaun teraudit dengan denda sebanyak lima ribu ringgit.

Di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967, penalti di atas kelewatan memfailkan borang nyata dengan denda sebanyak seribu ringgit atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali.

Kepada para peniaga jagalah perakaunan, percukaian , fahamilah undang-undang. Jagalah perniagaan anda sebaik mungkin .Tutupi lubang-lubang yang boleh menyebabkan “kapal” anda bocor dan karam, atau impian anda untuk menjadi JUTAWAN mungkin akan berakhir di PENJARA.

P/S: Akhirnya berjaya juga saya post blog yang pertama.